fahmiMOHDnilam: October 2011

Monday 31 October 2011

SEGMEN NASZ : PERANG BLOGGER

Dah lama juga aku tak 'join' segmen terjah menerjah ni. Nak buat segmen macam ni rasanya belum berkelayakan kot. Yolah.. aku kan baru lagi. Lainlah aku dah buat blog nie 2 atau 5 tahun. Nie aku baru bulan nie daaa.... Jadi setakat 'join' jelah.

Errrrr... ada ker orang nak serang aku? Yolah aku nie sapalah kan. hehehe.... hah!! kalau ada yang serang tu terima kasih lah ye sebab serang aku. Nie 1st 'time' orang kena serang cakap terima kasih. Nak mampuih ker apa?

Segmen Nasz : Perang Blogger nie memang sempoilah. Perang tak pakai senjata daaa... Pakai keyboard dan tetikus je.

Mahu ikut serta dalam peperangan sesama blogger? TEMBAK JE KAT SINI

Aku serangggggg...

METALLICA BATAL PENONTON MERUSUH

Apa daa... tengok konsert pun nak merusuh ka? Kumpulan heavy metal dari US, Metallica terpaksa membatalkan konsert mereka di India bersempena dengan Grand Prix F1 kerana aspek keselamatan. Kumpulan itu mendakwa bahawa pihak penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi serta tidak menyediakan penghadang pentas dari penonton.

Apa lagi, penonton yang datang nak tengok konsert tapi dibatalkan merusuhlah mereka. Yelah datang jauh-jauh dan bayar tiket mahal tapi konsert batal. Aku pun marah tapi tak derlah merusuh macam diaorang tu. Akhirnya terus rosak pentas dan peralatan muzik Metallica dikerjakan mereka. Dianggarkan kerosakan berjumlah $200 ribu.

Bukan itu je, pihak penganjur pulak kena tangkap oleh polis. Tak tahu pulak apa dakwaan pihak polis sana terhadap pihak penganjur. Nasib baik tiket boleh 'refund'.

Kita pulak jangan pulak jadi macam diaorang tu. Jagalah tingkah laku. Jangan jadi macam orang yang tak tahu adab dan tak bertamadun contohnya masa tengok perlawanan akhir Piala Malaysia 2011. Dah cakap banyak kali jangan bawa mercun dan jangan main laser kat pemain tapi masih buat juga. Bodoh ke bengap orang macam tu? Merosakkan nama negara betullah mereka nie.

Aku tengok perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu memang best. Tak bestnya ada penontonnya yang tak reti bahasa (bukan semua daaa...), padang dan tiket mahal. Padang macam padang sekolah daaa... Hahaha... aku tengok kat TV1 je. Nak harap TV3 buat siaran langsung jangan haraplah. Tak der untung kot bagi TV3.

ROSYAM NOR TERIMA TAWARAN STEVEN SPIELBERG

Haaa.... jangan terkejut beruk pulak. Memang Steven Spielberg menawarkan tawaran pada Rosyam Nor untuk berlakon dalam siri televisyen yang gempak. Hehehe... alihbahasa je ke bahasa Malaysia. Siri TV 'Terra Nova' yang sedang disiarkan di Astro ni akan dialihbahasakan ke bahasa Malaysia. Jangan tak tahu pulak siri TV Terra Nova yang 13 episod semuanya adalah drama TV yang termahal dan terbesar pernah dihasilkan.
Ceritanya ala-ala Jurassic Park jugalah. Tak idea dah kot Steven Spielberg ni. Asyik 'dinosaur' je topik die. Drama ini akan ditayangkan bersama alihbahasa ke Bahasa Melayu di ASTRO iaitu FOX Channel.

Selain Rosyam Nor (Commander Nathanial Taylor), barisan artis lain yang terlibat adalah:

•Vanidah Imran (Elisabeth Shannon)
•Aaron Aziz (Jim Shannon)
•Sharifah Amani (Maddy Shannon)
•Zahiril Adzim (Josh Shannon)

Dapatlah juga Rosyam Nor berlakon dibawah arahan Steven Spielberg. Alih suara pun jadi lah.....

MALAYSIA MISS PONDAN 2011

Apalah nak jadi kat Malaysia sekarang ni? Aku pun hairan. Ada parti politik yang kononnya menegakkan Islam membuat protes terhadap konsert Elton John kerana dia pondan tetapi Miss Pondan 2011 takder pulak buat protes. Diaorang tak tahu atau macam mana? Pelik-pelik. Lagi peliknya boleh pula diadakan majlis tu dengan kelulusan kerajaan. Nak jadi macam negara Amerika ker kita ni?

Untuk makluman korang tajuk 'beauty pageant' pondan tu sebenarnya Miss Diva Universe World 2011. Buat dimana? Di Federal Hotel, Kuala Lumpur. 29 pondan bertanding merebut gelaran Miss Pondan. Errrr... 'miss' ker?

Sekarang ni aku tengok sekeling aku banyak sangat lelaki yang jadi pondan. Pada aku kalau lelaki tu lembut sahaja tapi tak menghala ke hubungan songsang ok lah. Tapi yang banyaknya dah ke arah songsang atau homoseksual. Banyak sangat sekarang ni. Tengok je lah kat IPTA dan sekeling korang.

Apa yang korang buat? Korang layan je pondan-pondan itu macam kita membenarkan perkara itu berlaku. Maknanya kita bersubahat juga. Setidaknya kita menegurlah cara baik ataupun dengan tidak melayan perangai mereka itu. Ini tidak, kita bertindak dan berkelakuan seakan-akan membenarkan perkara itu berlaku.

Hak asasi? Hmmm.... kita kena tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Mereka yang hendak membenarkan budaya homoseksual di negara kita akan menggunakan isu hak asasi manusia. Nak negara kita jadi macam negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan sesama jantina? Alamatnya negara kita akan dilanda musibahlah nanti.

Bacalah kisah Nabi Lut di SINI. Apakah pengajaran dari kisah Nabi Lut yang boleh kita pelajari. Sendiri baca dan fikirkan.

Yang aku lagi hairan adalah penglibatan selebriti tempatan dalam Miss Pondan ni. Nak tahu siapa yang yang terlibat? Datuk Shah Rezza, Datuk Dr Jalil, Jovian Mandagie, Michael Ong, Maznah Zuklifi dan Ning Baizura. Yang 'Non-Muslim' tu aku taklah kisah sangat tapi yang Muslim dan Muslimah tu yang aku kisah. Apa jadi dengan Datuk Shah Rezza yang kononnya memperjuangkan fesyen Muslimah tetapi takkan memperjuangkan juga fesyen pondan? Maznah Zulkifli dan Ning Baizura apa cerita? Haiya... bukan macam ni caranya.

Sekali lagi aku sarankan bacalah kisah Nabi Lut. Aku pulak memang tak menyokong langsung golongan ini. Jangan dijadikan alasan 'aku memang sudah dilahirkan sebegini'. Kalau engkau Khunsa maka ia dibenarkan memilih tapi kalau lelaki sejati nak jadi perempuan maka itu adalah dosa.

Saturday 29 October 2011

RADIO MUZIK DI INTERNET SAHAJA

Ish... pelik betul aku pasal RTM ni. Asyik-asyik nak tukar. Radio Muzik, radio yang mempunyai paling ramai pendengar berbanding radio RTM lain ditolaknya ke internet. Radio yang kurang orang nak dengar, di siaran biasa pulak. Pelik bin ajaib betullah aku. Diaorang fikir apa sebenarnya? Nak bodek orang atas atau apa?

Dulu ada radio NasionalFM digabungkan dengan KlasikFM jadi KlasikNasional dan sekarang nak di asingkan pulak. Jadi NasionalFM pulak. Itulah RTM asyik tukar ikut sukar hati dan sesedap diaorang jer tanpa memikirkan kesannya. Akhirnya jadi rancangan carca merba dan rojak.

Tidak tahu langsung pasal 'branding'. Diaorang tak belajar rasanya pasal tu. Sebab tu ada rancangan yang orang dah ikut dihentikan. Rancangan yang orang tak tengok plak diteruskan siarannya. Haiya....

Memang RTM ni kenalah berubah. Orang yang mengetuai janganlah dibagi pada orang tua yang dah nak pencen. Diaorang langsung tak ikut citarasa masakini. Mahu menyebarkan maklumat dan informasi kepada orang ramai tetapi kalau orang ramai tak tengok RTM maka sampaikah maklumat yang nak disampaikan?

Terimalah teguran demi memantapkan RTM bukan menghukum dan menerima perintah tanpa berbincang dengan yang pakar. Dimanakah 'branding' RTM.
Di bakul sampahkah?

Friday 28 October 2011

TERENGGANU ATAU NEGERI SEMBILAN

Esok merupakan penentuan kepada pasukan Terengganu atau Negeri Sembilan. Siapakah yang akan menjadi juara Piala Malaysia 2011? Mengikut firasat aku yang tak seberapa ni, aku menjangkakan pasukan Terengganu akan bergelar juara kerana berpandukan kepada prestasi semasa yang sekarang ini tengah memuncak. Aku dapat lihat yang barisan penyerang, tengah dan pertahanan pasukan Terengganu menpunyai keserasian yang mantap. Payah untuk menembusi pertahanan yang diketuai Marzuki Yusof dan payah untuk mengekang arus serangan Terengganu. Penjaga gol, Sharbinee Allawee pasti beraksi sebaik mungkin untuk memastikan agar pintu gawang beliau tidak bolos. Tetapi dapatkah mereka bermain dengan tekanan sebagai pasukan pilihan? Itu kena tengoklah esok malam.

Jangan sesekali menidakkan kemampuan pasukan Negeri Sembilan. Mereka boleh menjelmakan kejutan buat pasukan Terengganu. Kapten Negeri Sembilan, Shukor Adan pasti akan mengemudikan pasukan beliau dengan segala pengalaman beliau perolehi sebelum ini. Hairuddin Omar jika dibiarkan tanpa kawalan pasti membawakan masalah kepada barisan pertahanan Terengganu. Larian K.Kunalan akan menjadi mimpi ngeri buat Terengganu.

Yang pasti semua peminat tertanya-tanya, adakah tiket RM50 berbaloi? Itu terletak kepada pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan. Jangan mereka bermain terlalu berhati-hati sudah. Kesannya nanti pasti perlawanan yang membosankan.

Mahu sokong atau tidak yang pasti esok akan ditabalkan juara Piala Malaysia 2011. Pasukan mana?

Thursday 27 October 2011

BAGAIMANA NAK MEROMPAK

Haaaa.... sapa mau jawab? Aku tanya bagaimana nak merompak? Tanya kat aku plak 'nak merompak apa?'. Aku jawablah 'apa-apalah yang boleh dapatkan duit dengan segera'.

Giler!!! aku nak merompak... Tak terfikir lagilah aku nak merompak walaupun duit dalam tangan ada RM0.10 je. Ishh.. sekarang ada lebih RM0.10 daaa...

Itulah kalau nak buat jahat sonang je. Godaannya banyak sekali. Tak kiralah korang kaya atau miskin. Yang miskin nak jadi kaya. Yang kaya nak jadi lagi kayaaaaa.... Tak cukup dengan kekayaan nak plak kuasa. Manusia memang tak pernah puas.

Bersyukurlah apa yang ada sekarang nie. Kalau korang tak bersyukur alamatnya itu je lah yang korang dapat atau dapat lagi kurang. Nak lebih kenalah bersyukur dan berusaha. Setakat bersyukur je tak der lah bro, kenalah berusaha gak.

Kalau korang tanya aku nak merompak ker? Haiyaaa... tak adalah dalam niat aku pun nak merompak. Mak Abah aku tak ajar aku pun mengambil barang orang lain.

Korang aku tak tahu lah. Korang sanggup ka merompak? Kenapa nak merompak? Pasal duit? Jangan bro. Jangan pasal duit korang merompak dan kemudian meringkuk dalam penjara. Baik tak payah bro.

Memanglah tengok dalam filem -filem barat, diaorang gambarkan perompak tu seorang yang 'cool' dan 'macho'. Tapi kena ingat bro, itu dalam filem je bro. Bukan realiti. Realitinya merompak jawabnya kena tangkap, destinasi Penjara Sungai Buloh lah jawabnya.

Alaaaa... kalau korang tak ada duit pun tak payahlah merompak. Banyak lagi caranya nak dapatkan duit. Takkan apa yang 'Syaitan' cadangkan terus korang nak ikut. Duit boleh dicari bro dan sis...

GOOGLE MAHU BELI YAHOO

Berita tu memang dah lama dah kedengaran di internet dan di Wall Street, cuma belum menjadi kenyataan lagi buat Google untuk menguasai Yahoo. Kalau dibelinya Yahoo maka bertambah hebatlah Google maklumlah saingan dari website China makin hari makin bertambah. Maka dengan menguasai Yahoo adalah salah satu cara nak menguasai China dan juga menyaingi populariti Facebook yang sangat popular masakini.

Tapi kenapa Google mahu membeli Yahoo:
1. Yahoo yang mempunyai pengunjung unik sebanyak 700 juta sebulan adalah platform yang terbaik bagi Google memperkenalkan dan mempromosikan Google+ iaitu rangkaian sosial terbaru Google. Motifnya tak lain menyaingi Facebook.

2.Dengan pembelian Yahoo bermakna Google dapat memantapkan lagi bahagian berita atau 'content' dengan mendapat akses kepada penyedia berita Yahoo seperti ABC News.

3. Pembelian Yahoo juga adalah menyekat penguasaan Microsoft yang juga mempunyai keinginan membeli Yahoo.

4. Menambahkan pendapatan pengiklanan Google dengan menguasai penjualan iklan di 'website' Yahoo yang sekarang ini bernilai $1.6 billion.

5. Strategi Google untuk menguasai pasaran China yang mana kalau dapat membeli Yahoo maka Google akan dapat menguasai gergasi China 'Alibaba'. Yahoo menguasai 43% dalam 'Alibaba.com' yang mendapat 'pre-tax value' bernilai lebih dari $12 billion dollar.

6. Google ingin mempelbagaikan pelaburannya dengan membeli Yahoo yang mana Google tidak ada masalah mengeluarkan duit. Google mempunyai aliran tunai sebanyak $42.56 billion dollar.

7. Google ingin mengintegrasikan Google+ dengan Flickr yang dikuasai Yahoo.





HANTU MENJELMA DI 7-ELEVEN

Hah.... hantu lagi? Dah lah kat wayang asyik-asyik cerita hantu je. Kadang-kadang menyampah gak nak gi tengok. Tetapi memandang sokonglah Buatan Malaysia maka pergi jugalah. Sebab tu penerbit filem sekarang nie boleh dapat sehingga RM10 juta kutipan. Mana taknya panggung wayang dah berlambak kat Malaysia nie kecuali kat Kelantan je ada beberapa panggung wayang je.

Berbalik pada jelmaan hantu kat 7eleven, kisah itu bermula di sebuah 7e di Paka, Terengganu. (jangan tanya aku Paka kat area mana sebab aku pun rasanya tak pernah sampai lagi). Hantu nie sopan sikit lah sebab tutup aurat siap pakai baju kurung warna hijau lagi. Hehehe.... pandai gak hantu tutup aurat, manusia je tak pandai menutup apa yang sepatutnya ditutup.

Hantu ni dirakam menggunakan cctv dan kemudian yang keluar kat Youtube tu dirakam menggunakan 'handphone' yang merakam apa yang ditayang di monitor CCTV. Sebab tu nampak bergoyang-goyang.

Pasal betul atau tipu rakaman hantu nie aku malaslah nak komenlah sebab banyak kerja lak nak selidik. Akhirnya aku tengok sebagai hiburan je lah. Tak tahulah betul atau aku kena 'auta'. Layan je lah. Kalau diaorang 'auta' kira bagus juga lah 'keautaan' diorang tu. Tapi kalau betul macam mana? Apa lagi kasi tau lah krew Mazidul Akmal Sidek dan krew 666.

Mau tengok ker hantu kat 7e tu? Sebelum tu tengok hantu ini dulu. Klik je kat SINI







Tuesday 25 October 2011

SENARAI LAGU KE SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 26

Haaaa.... sekali dah keluarlah senarai lagu-lagu untuk ke separuh akhir Muzik Muzik 26. Tak boleh dah mengundi. Sorry ye..
Senarai lagu-lagu:
1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4. Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5. Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8. Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9. Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10. Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11. Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14. Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16. Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17. Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19. Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22. Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24. Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25. Aku Permata oelh Salma (Taja/Tun Teja)
26. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27. Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28. Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30. Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)

Separuh akhir MM26 akan diadakan pada 18,15 November dan 2 Disember 2011 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Aikk... sudak dianjakkan ka tarikhnya?

Persembahan 18 November (mengikut giliran)
1. Babak Pertama (Drama)
2. Di Penghujungnya (Iqa)
3. Mata Hati (Nubhan)
4. Janji (Akim)
5. Kisah Hati (Alyah)
6. Kisah Dongeng (Stacy)
7. Gadis Semasa (Yuna)
8. Maaf Dari Hati (Sofazr)
9. Muda (Hujan)
10. Awan Nano (Hafiz)
11. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah)

Nanti aku 'update' untuk persembahan 25 November dan 2 Disember 2011.

SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 2011


Debaran Muzik Muzik 2011 kini telah tiba menjelang Juara Lagu 2011. Muzik Muzik kalau yang mingguan tu tak der orang nak tengok sangat tapi masuk Juara Lagu fuhyooo.... dekat 3 juta penonton gak lah.

Bulan depan dah nak masuk separuh akhir Muzik Muzik 2011. Eh... macam main bola pulak bunyinya. Jadi bila dan lagu manakah yang masuk separuh akhir tu?

Menurut Facebook Muzik Muzik 26, tarikh separuh akhir akan diadakan pada 11,18 dan 25 November 2011. Sekarang proses pencalonan masih berjalan. Kalau korang nak lagu kesukaan atau penyanyi pilihan korang masuk separuh bolehlah KLIK SINI atau FACEBOOK MM26 Mana tau kot-kot boleh mengundi lagi ker...

RA ONE SHAH RUKH KHAN

Sesiapa yang minat filem Hindustan dan Shah Rukh Khan tu tunggulah dalam minggu ni keluarlah filem RA One yang khabarnya filem termahal Bollywood. Alaaa... cerita pasal robot lagi daaa... Lepas Superstar Rajinikanh keluar filem pasal robot sekarang giliran Shah Rukh Khan pulak. Aku rasa robot sekrang tengah musim kat India kot. Akhirnya celuk filem iRobot lakonan Will Smith. Hehehehe...

Heroin dalam filem RA One ini Kareena Kapoor. Sinopsis cerita aku tak tahulah tapi yang pasti robot baik lawan robot jahat. Agak-agak siapa menang daaa...

Korang tengokjelah trailer filem RA One ini...

FAM TAMAK DUIT?


Haiyaaa.... apa sudah jadi? Nak beli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 tapi kena bayar RM 50!!! Waaa.... mahalnya. Dengar cerita sebab FAM nak sekatakan semua tempat duduk dalam stadium Shah Alam, Selangor yang berharga RM30 kepada semua tempat duduk berharga RM 50.

Aku terfikir juga kenapa tak sekatakan semua tempat duduk menjadi RM30? Kebanyakan tempat duduk pun banyak yang berharga RM30. Lagi banyak dari yang berharga RM50. Tapiii...tulah. Siapa yang buat keputusan tu? Tak fikir ker kalau pasukan yang bertanding Selangor dan Kuala Lumpur oklah sebab penyokong pun dalam kawasan yang sama je. Ni tak satu dari Terengganu dan satu lagi Negeri Sembilan. Kesianlah yang duduk Terengganu nak turun ke Shah Alam bukan sahaja duit belanja nak datang pun kena bayar di tambah lagi harga tiket yang mahal. Bayangkan kalau 1 keluarga ada 6 orang sudah RM300. Mahal-mahal.

Aku agaklah nanti adalah campurtangan dari kerajaan. Biasalah orang kita, kalau orang mula bising barulah nak tukar.

Tapiiiii... ada juga orang cakap, korang tengok Manchester United, Chelsea atau Liverpool lawan dengan pasukan Malaysia bayar mahal boleh pulak. Siap berlompat sakan bila pasukan Malaysia kena belasah. Apa cerita? Takkan tak sokong bola sepak Malaysia kot. Nak kayakan pasukan dari luar tapi pasukan dalam Malaysia miskin dan papa kedana. Siapa nak jawab? Sudahlah orang kaya kat Malaysia berhabis duit beli pasukan luar. Dalam negara tak ada pulak nak beli. Jadi nak dapat sumber pembangunan bola sepak dari mana? Silalah jawab. Tak per.. Hitler tolong jawabkan... hehehe....

DATUK LEE CHONG WEI BERSARA

Haaa... mesti korang terkejut kalau aku cakap Datuk Lee Chong Wei bersara kan? Tak terkejut? Errr.. mungkin korang tak minat sukan kot. Datuk Chong Wei yang main badminton tu alaaa... pakai raket dan bulu tangkis serta jaring tu. Hehehe... kalau tak tahu juga tak tahu lah.. Kalau yang minat sukan rasanya terkejut kot.

Siapa pulak nak ganti Chong Wei? Ada ke? Tulah harapkan dia sorang je. Kalau dia 'injured' 1 tahun makan 1 tahun tu jugalah Malaysia tak ada kejuaraan perseorangan lelaki. Banyak sangat main akhirnya membawa padah kerana keletihan. Aku perhatikan Lin Dan tu rileks je tak payah nak masuk semua pertandingan. Tak der Lin Dan, Chen Long ada. Kita apa ada? Datuk Lee Chong Wei seorang juga.

Haiya... apalah guna ada persatuan badminton nie kalau asyik harap kat sorang je. Kalau tegur fuhyoooo... banyak pulak alasan persatuan ni. Politik kot. Aku tengok pelapis Mohd Arif tu boleh pergi jauh tapi tak dididik betul-betul. Sampai bilalah nak mengharapkan Chong Wei nak dapatkan emas di Olimpik 2012. China sudah ada 2 jaguh sekarang ini. Lin Dan serta Chen Long. Indonesia sudah tenggelam. Tapi persoalannya dapat ke emas? Kalaulah begini persiapan persatuan badminton tu, alamatnya kalau boleh pun perak atau gangsalah. Itu kalau dapatlah.

Nasib baik itu tajuk entri aku je. Datuk Lee Chong Wei masih main badminton daaa... cuma dia penat setelah banyak sangat bertanding tahun ini, sebab itu kalah kepada Chen Long dua kali berturut-turut. Jangan Olimpik 2012 cedera sudah. Nanti apa pula jawapan persatuan tu. Kita nantikan....

Berita selanjut tentang Datuk Lee Chong Wei keletihan klik je kat SINI

MAK ABAH


Apa cerita hari ni? errr... macam-macam cerita hari. Tadi baca surat khabar atau korang biasa cakap 'newspaper', adik-beradik sanggup bergilir ponteng sekolah kerana nak jaga datuk yang sakit. Hmmm... baik sungguh mereka yang sayangkan datuk mereka.

Aku pun terfikir juga, aku nie dah menelefon mak abah aku ke hari nie sebab aku kerja kat Kuala Lumpur tapi mak abah kat Selama, Perak. Aku balik kampung pun jarang sangat sebab kesibukan kerja dan kewangan.Itulah alasan aku. Maka aku nie boleh ker mencontohi budak-budak yang sanggup ponteng sekolah kerana nak menjaga datuk mereka? Ponteng sekolah dan ponteng kerja sama ker? Akan aku balik kampung bulan ini atau bulan depan. Akan dipaksa diri sendiri untuk adakan masa. Pasti. Errrr... korang macam mana? Adakah kerja korang lagi penting dari balik menjenguk mak abah di kampung? Atau duit korang lagi penting dari pahala menjenguk ibubapa?

Aku tak akan jadi macam sesetengah orang yang sanggup menghantar ibubapa ke rumah orang tua kerana memberikan alasan tiada masa, tiada duit,sibuk dan tak nak menyusahkan diri. Selagi aku mampu aku akan jaga mak abah aku. Aku fikir kalau mak abah aku boleh jaga aku maka kenapa pulak aku tak boleh jaga diaorang?

Jadikanlah cerita adik-beradik yang sanggup ponteng sekolah tu untuk menjaga datuk mereka sebagai motivasi dan teladan yang baik bagi kita yang mengabaikan ibubapa sendiri. Ilmu boleh dituntut bila-bila masa tapi datuk tidak akan dapat dicari. Samalah juga dengan ibubapa kita. Wang boleh dicari, masa boleh diluangkan tapi setelah ibubapa kita meninggal, mereka tidak dapat dicari ganti lagi.

Terima kasih kepada adik-beradik itu kerana mengingatkan aku kepada mak abah aku di kampung.

Monday 24 October 2011

TELAN PANADOL BAHAYA

Haaa... baru aku tahu kalau kita telan Panadol tak kiralah Panadol biasa ke, ActiFast ker atau Soluble, ia kan kekal di badan kita selama 5 tahun. Betul, 5 tahun! Serius tak tipu.

Kalau nak tahu, Panadol ini sebenarnya adalah ubat 'pain killer' yang mana kalau kita sentiasa menelan panadol masa kita pening maka lama-kelamaan dos yang kita ambil itu tak akan memberi kesan. Maka kita kena tambahkan dos untuk hilangkan kepeningan kita. Misalnya hari ni 2 biji, lama kelamaan 2 biji Panadol tidak memadai lagi untuk menghilangkan rasa pening anda.Ditambah lagi Panadol ini toksid pada badan kita terutama hati dan buah pinggang kita. Cubalah tanya doktor. Tanya doktor diaorang ambil tak Panadol masa pening? Mesti doktor akan jawab tak akan ambil punya sebab diaorang tahu Panadol ini berbahaya dan toksid. Doktor akan menggunakan kaedah lain untuk menghilangkan rasa pening.

Yang pertama kalau pening, korang boleh minum air isotonik bersama dengan air suam atau apa-apa minuman dengan nisbah 1 cawan air isotonik di campur dengan 2 cawan air minum.

Yang kedua korang boleh cuba merendamkan kaki dalam besen yang diletak dengan air suam. Ia akan menurunkan tekanan di kepala.

Yang pasti JANGAN TELAN PANADOL!

Anda tidak akan merasa kesan dari telan Panadol dalam jangka masa pendek tapi dalam jangka masa panjang badan anda akan mula menunjukkan rasa sakit di hati, buah pinggang dan memerlukan dos yang banyak jika anda sakit kepala nanti.

PAYUDARA BERCANTUM

Haaaa.... kepada wanita, ingat-ingatlah ye kalau nak buat pembedahan plastik tu. Boleh tu aku tak tahu lah tapi dalam Islam memang tak dibolehkan. Tetapi kepada sesiapa yang nak pergi buat pembedahan plastik besarkan payudara tu pergilah ke doktor yang bertauliah ye.

Jangan pulak nanti jadi macam Dinora Rodriguez yang pergi membuat pembedahan plastik oleh doktor yang tak bertauliah di US. Dah lah payudara bercantum ditambah lagi kerosakan saraf dan mata yang tidak boleh ditutup secara normal. (pembedahan mata yang dia tak minta tapi doktor buat juga)

Kesian dia. Sekarang dah kira ada satu je lah payudara sebab dah bercantum kan? Jadi kaum hawa sekalian beringatlah ye.Errr... yang lelaki lembut tu pun berwaspada gak lah ye.Mana tahu kot-kot nak ada payudara ker. hehehe...

APA CERITA MAN U DAAA...


Hehehehe.... aku peminat Liverpool. Jadi bila Man U kalah, peminat Liverpool apa lagi. Bersorak kegirangan lah. Jangan marah ye Man U fan. Nak buat macam mana dan musuh seteru. Liverpool dan Man U memang tak sebulu daaa...

Tapi apa cerita Man U? Manchester United dah belasah Arsenal 8-1 dan mangsa seterus Man U pulak 6-1. Apalah nasib Liverpool bila jumpa Man City nanti. Lebih 8 gol ker kena belasah. Tunggu dan lihat ajer lah.

Apa-apa pun sabar ye Man U fan kena perli. Alaaa... biasalah adat main bola nie kan. Nanti Liverpool kalah kena perli gak nanti. Betul ka?

Nak tengok gol dari perlawanan Man U lawan Man City yang kena belasah 1-6 tu? Tengoklah kat bawah daaa....

Saturday 22 October 2011

AKAD NIKAH YANG FAIL DAAA...

Haaa.... laki-laki diluar tu kalau korang nak bernikah janganlah jadi macam nie ye. Berlatihlah selalu... hahahaha.... cara salam belajar sikit macam mana nanti bila henjut tangan.

MASALAH AMBIL GAMBAR MODEL PEREMPUAN

Nilah masalahnya kalau lelaki ambil gambar model perempuan tambah lagi perempuan tu seksi... Haiya... ini orang pun ada ka? Haiyaaaaaa.....

SYARAT MAHU JADI HERO

Adakah anda semua hero yang kami semua tunggu dan nantikan. Apakah ciri-ciri yang perlu ada kalau korang semua nak jadi hero? Baiklah aku bagi rahsianya. Bukan saja anda akan jadi hero tapi kemungkinan akan mencapai taraf 'SUPERSTAR'!!! Apakah syarat-syaratnya:

1.Anda hendaklah mepunyai rambut yang mengerebang... Bukan tercacak, mohican, botak atau skinhead. Tapi rambut yang mengerebang yang depannya ada sehelai rambut jatuh ke dahi.

2.Misai anda hendaklah tebal. Serius anda mestilah mempunyai misai yang tebal lagi dari Datuk K. Macho serius aku tak bohong.

3.Gaya pemakaian anda tak payah pakai kot ke apa. pakai je round neck shirt dengan kemeja diluar, seluar jean (slack pun boleh rasanya). Kasur kenalah boot kot.

4. Anda kenalah sediakan sound effect anda sendiri. Bila anda berlawan atau bertumbuk pasanglah sound effect anda itu. Ini banyak memainkan peranan. Bukan masa berlawan saja tapi masa bercakap juga perlukan sound effect itu.

5. Anda kena pandai melompat tinggi dan tak payah ada semua jari pun tak apa janji ada satu jari je. Berlatih menggunakan jari itu bila diperlukan bersama dengan sound effect.

6. Bila cakap dengan perempuan kena macho dan mengayat.

Oklah setelah semua itu dipenuhi maka inilah hasilnya... Bayangan hero superstar pujaan ramai......





Lupa satu lagi spek hitam jangan lupa... setelah semua itu cubalah plak bakat hero anda di ujibakat Pilih Kasih musim 3. Mungkin anda yang kami cari....

Berlatihlah intro anda nak masuk sebagai hero sekarang... SUPERSTAR RAJINIKANTH!!!!!! Yeah...

JALAN SESAK

Aku tiap-tiap hari pergi dan balik kerja jalan sesak. Naik menyampah pun ada naik hairan pun ada. Tapi aku dah ulang alik dekat 5 tahun dah jadi aku dah lali. Yelah nak buat macam mana? Takkan kereta aku nak letak enjin kapal terbang dan sayap kot. Nanti orang cakap gila ker apa. Tapi tak mustahil satu hari nanti akan ada kereta terbang. Cuba fikirkan beradik Wright yang cipta kalap terbang tu mesti orang gelak kat mereka bila diaorang cakap manusia boleh terbang. Tengok sekarang, manusia dah boleh terbang malahan dah pergi ke angkasa pun. Tak mustahil akan ada kereta terbang.



Cakap pasal jalan sesak ni, aku naik hairan dulu 'federal highway' tak adalah sesak macam ni. Yang buat sesaknya bus stop kat susur keluar ke Sunway dan banyak sangat jalan masuk ke 'federal highway'. Lepas 'jambatan Pulau Pinang' tu adalah lagi jalan masuk dari Kelana Jaya. Aku pun naik pelik apalah orang yang reka jalan tu fikir? Takkanlah diaorang tak tahu kalau tambah lagi jalan masuk bertambahlah lagi sesak nye. Pelik... Aku yang tak ambil jurusan pengangkutan atau apa-apa yang berkaitan jalan ni pun tahu.

Kalau orang yang tak guna 'federal highway' nie tiap-tiap hari tak apalah. Ni aku dan puluhan ribu lagi pengguna yang pakai 'federal highway' ni jadi mangsanya. Nak elakkan sesak jalan lain, jalan yang aku pakai tiap-tiap hari pula sesak. Nasib badan.

Satu lagi seingat aku dulu ada parti politik cakap nak hapuskan tol kat Batu 3 Shah Alam. Itu masa PRU12 lah. Sekarang dah nak masuk PRU13 habuk pun tak ada. Buat-buat senyap je. Ingat orang ramai pelupa ke apa. Sama je semuanya kalau dah nama parti politik. Orang cakap janji politik. Hampeh...

Apa-apa pun aku dah lali... Ikut je lah...

DAFTAR SPR

Adakah korang semua dah daftar. Cakap hebat je parti politik tu tak bagus, parti politik ni bagus.. itu ini tapi tup.. tup.. daftar SPR pun tak pernah daaa... Apa macam mahu undi pilihanraya nanti. Kena ingat pilihanraya tak lama lagi dan korang kena daftar sekarang sebab bila korang daftar lepas 3 bulan daftar baru boleh mengundi. Esok nak buang undi hari ni nak daftar pengundi tak dapatlah dik oi...

Jadi cepat-cepatlah korang mendaftar sebagai pengundi. Tadi aku lalu Kompleks PKNS kat depan KFC ada dibuka kaunter nak daftar SPR. Alaaa... sonang sangat nak daftar pun. Tak payah pecahkan kepala nak fikir. Bawa je MYKAD dan nanti orang yang jaga kaunter tu tolong daftarkan. Senang sangat daaa... Cepat daftar...

Nak periksa nama korang ada ke tak ada sebagai pengundi, klik je kat http://www.spr.gov.my

Friday 21 October 2011

SPM 2011


Kepada calon-calon yang tak tahu apa yang perlu dibuat masa nak ambil SPM atau tak tahu jadual peperiksaan SPM korang maka korang KLIK SINI.

KERTAS SEJARAH SPM 2011

Memang aku punya kelemahan dalam belajar ini sejarah daaaa... Aku kena banyak baca buku sejarah baru boleh ingat sebab yang nak ingatnya adalah tarikh, apa, dan kenapa. Itu je aku rasa yang penting. Nama-nama suruhanjaya pun aku 'fail' gak. Maklumlah 'cpu' aku ini kena berlatih tubi barulah boleh lekat. Kalau tak berhabuklah 'cpu' aku.

Pengalaman belajar sejarah ini kadang-kadang seronok kadang-kadang tak seronok gak lah. Kalau cikgu masuk kelas lepas tu duduk kat meja cikgu aje dari awal hingga abis kelas baik tak payah. Disuruh seorang-seorang baca sebijik je dari buku teks. Ada gak 'best' kalau cikgu tu pandai mengaitkan sejarah dengan apa yang berlaku masakini maka kita pun seronoklah nak belajar. Kalau tak kepala ke meja lepas tu zzzzzzzzz......

Jadi terpulanglah pada korang nak belajar bersungguh-sungguh atau baling dadu je masa periksa. Itupun kalau soalan objektif. Kalau esei macam mana? Tulislah apa yang korang ingat. Kalau tak ingat apa-apa hentam sajalah. Itulah jangan menaruhkan nasib anda kepada buah dadu. Yang penting korang kena berusaha. Mana ada benda yang senang. Sekarang ni nak kerja yang bagus sikit kena ada SPM. SPM itu SENDIRI PUNYA MATLAMAT. Adakah matlamat korang nak kerja biasa-biasa je atau kerja dengan gaji 4 atau 5 angka.

Tapiiii.... kena ingat juga kalau anda keterlanjuran mendapat kegagalan dalam SPM maka itu bukan penamat bagi korang. Masih banyak yang berjaya walaupun kantoi SPM. Janji korang tahu apa yang korang nak.

Apa yang korang mahukan dalam SPM?

SELIPAR KEYBOARD DAAA...

Murah..murah... sapa mau ni punya selipar. Itu selipar jepun tak femes sudah maaa... ni panas-panas barang maaa... mau ka tak mau...?

SOALAN BOCOR SPM 2011

Hmmm... memang masa aku ambil SPM dulu, kalau dekat-dekat nak SPM je semua melilau mencari kot-kot ada soalan yang bocor. Memang tak ada lah jawabnya sebab mana nak dapat zaman aku dulu. Tahun 1993 manalah ada internet kat malaysia ni. Nak cari cyber cafe pun tak ada daaaa...

Jawabnya semak je lah soalan-soalan SPM yang tahun lepas tu. Buat je latihan tubi. Jawab semua soalan yang ada. Pasti akan ingat.

Terfikir gak aku, aku nie belajar nak menuntut ilmu atau belajar nak lulus SPM je. Yang aku tahu lepas peperiksaan je, semua yang aku ingat tu atau semua yang aku belajar tu hilang pergi mana. Nampak sangatlah aku ni belajar untuk peperiksaan SPM je...

Bagi korang yang tengah baca ni mesti korang hampa kerana ini bukan soalan bocor yang korang fikirkan. Ini hanyalah pangalaman aku yang dibocorkan saja.

Alaaa... buat apa nak soalan bocor. Tak payah semua tu. Baik korang cari jawapan bocor plak. hehehe... maknanya baik korang baca dan ulang kaji betul-betul sampai korang ingat jawapannya. Nanti datang soalan yang macam-macam, bolehlah korang jawab nanti.

Berdebar menunggu peperiksaan. Hmmm... sapa yang berdebar angkat kening. Memanglah berdebar macam aku nak kawin itu hari daaa... hehehe... Alaaa... sekejap je peperiksaan tu. Lepas berdebar menunggu nak ambil SPM lepas tu berdebar gak. Berdebar nak tengok apa yang korang dapat nanti. Pangkat 1, 2 atau 3? Itu korang kenalah jawab sendiri.

Thursday 20 October 2011

TOMOK & ISTANBUL AKU DATANG

Menurut Twitter Tomok, sekarang nie Tomok berada di Turki untuk pengambaran filem terbaru lakonan Tomok dan Lisa Surihani bertajuk 'Istanbul Aku Datang' arahan Bernard Chauly. Foto-foto terbaru Tomok di Istanbul.

PERANG IPHONE LAWAN SAMSUNG + GOOGLE

Samsung dan Google berkerjasama untuk memecahkan penguasaan iphone dalam pasaran telefon pintar dengan mengeluarkan telefon Samsung Galaxy Nexus. Nama dia pun 'cool' je... Aku tengok handphone Samsung + Google nie banyak je fungsinya dari iphone. Akan dalam genggaman aku kalau ekonomi mengizinkan... hehehe...

GREYSON CHANCE DI AIM18?

Siapa Greyson Chance nie? Ha... die nie lebih kurang Justin Bieber gak lah. Budak lelaki daaa... tapi main piano... Dengar cerita dia akan jadi artis undangan di AIM 18 yang akan datang. tak tahu lah aku betul atau tak. Belum confirm daaa... Tengok dan dengar lah lagu dia tu...

SAMSUNG VS IPHONE

Haaaa... agak-agak korang kalau dijatuhkan telefon iphone atau samsung yang tahan. Teka-teka cepat. Apa iphone? Apa samsung? Tak tahu. Tengok je eksperimen yang diaorang buat di bawah nie. Jangan tak percaya sudah.

IKAN PAKAI KONDOM

Sapa-sapa yang dah gi spa yang pakai ikan tu takyah lah gi dah. Suratkhabar keluar berita hari ini yang spa ikan nie boleh menyebarkan penyakit seperti Hepatitis, HIV dan banyak lagi. Sebabnya ikan yang makan kulit kita tu akan mengigit kaki orang lain plak. Macam tu lah kot caranya kita boleh dapat penyakit.

Yelah ikan tu gak macam 'hooker' yang berkongsi customer. Ikan-ikan bertukar-tukar pelanggan tanpa pelindung. Yalah tak kan ikan nak pakai 'kondom' kot. Nanti macam mana dia nak gigit kaki kita. Takkan ikan tu gosok gigi kot. Itu ajaib bendanya...

Akhirnya lingkuplah orang yang buat bisnes spa ikan ni. Aku plak tak pernah lagi buat spa ikan ni sebab pada aku mahal sangat. Sampai nak bayar RM30 untuk bagi ikan kaki kita je. Baik aku mandi dan basuh sendiri kaki aku tak lah sampai RM30. Mahal woooo... RM30 tu. Tak tahulah kalau korang rasa RM30 tu murah. Maklumlah aku nie perbelanjaan berhemah. Chewahhhh...

Jangan pulak aku cakap spa ikan tu merbahaya korang melencong gi ke spa lain plak. Alaaa... yang ada 'extra service' tu. Sama je bahayanya. Alaaa... dari korang gi spa belanja beratus ringgit baik korang balik umah suruh je husband atau wife korang wat spa kat korang. Nak macam spa nyalakan je lilin aromaterapi tu. Macam spa lah jadinya. Tak bayar apa dan safe. Apa macam? Bernas tak idea aku?

JOM TENGOK BOLA DENGAN PM

Haaa... sapa-sapa peminat Manchester United atau Manchester City bolehlah pegi tengok 'game' tu kat Seri Perdana nanti. Perdana Menteri, Datuk Seri Najub Tun Razak ajak.

Jangan tak tahu pulak yang 'game' MU lawan MC ialah pada Ahad ni, 23 Oktober 2011 jam 8 malam kot. 'Super Sunday'. Itu macam '2 in 1' lah, tengok perlawanan dengan jejak kaki kat Seri Perdana, Putrajaya. Rumah PM tu.....

Macam mana korang nak pergi.. Heheheh... korang kenalah isi borang dulu... alaaa... daftar je... kat mana? KLIK SINI

Tarikh tutup korang perlu daftar adalah sehingga 5 petang Jumaat, 21 Oktober 2011. Cepatlah korang daftar.

PM ni memang peminat setia Manchester United. Sebelum ni PM tengok bola dengan orang ramai kat Bukit Bintang dan Putrajaya. Ini masuk 3 kali PM tengok bola dengan orang ramai. Respeklah sama PM. Macam ni lah PM yang tahu kehendak orang muda masakini.

Pegilah mungking ada hadiah atau makan percuma ke nanti. Aku tak tahu lah. Cubalah nasib korang... Cepatlah...

Wednesday 19 October 2011

VIDEO KAHWIN

Siapa-siapa yang nak kahwin dan nak buat video kahwin kat Perak atau kat mana-mana bolehlah contact member aku nie.. klik kat sini

PETUA TULIS ENTRI

Ni aku punya tip lah kalau korang nak tulis entri kat blog. Kalau korang nak taip je entri pastikan korang dengar muzik/lagu. Hehehe... sebab apa? Sebab nanti korang akan layan je muzik atau lagu tu membuatkan kepala otak korang akan bekerja dengan lebih keras untuk berfikir. Aku dengar muzik/lagu pakai earphone lagi best sebab aku tak dengar apa-apa bunyi di persekitaran aku yang akan merencatkan otak aku untuk berfikir. Aku hanya dengar muzik di telinga aku je. Hah.. aku tulis entri ni pun aku tengah dengar internet radio, Classic Rock tengah putarkan lagu Aerosmith. Tajuk apa ntah.
Jangan korang tertidor sudahlah.

Itu aku punya tip lah. Belum cuba belum tahu. betul? Tip-tip yang lain akan datang....

SAYA, BLOG DAN PEMBACA


Dipersembahkan.... segmen yang dibawakan oleh Ben Ashaari yang menarik dan tertarik... nak join klik je kat sini.


Ceritanya apa? Ceritanya aku ni baru je berkecimpung dalam blog ni. Baru je bulan ni. Jadi apa yang korang baca tu, itu lah yang korang dapat. Aku cubalah nak memberikan ilmu apa-apa yang ada serta nak cubalah menghiburkan hari korang semua bila baca blog aku nie. Aku nie macam buat bisnes gak lah. Korang pembaca adalah customer aku. Apa-apa yang boleh diperbaiki bagitau je kat aku.

Blog aku ni aku tulis apa yang aku fikir aku boleh tulis. Kalau aku tak boleh tulis aku simpan dalam hati je. Hahaha....

Blog yang aku selalu singgah adalah blog Hasrulhassan ,Ben Ashaari , Red Mummy, tao tau ajer , nasi hangit , dan banyakkkk... lagi. nantilah aku senaraikan ek..

Blog ni pada aku 'best' janji kita tak jadikannya sebagai beban tapi sebagai hobi kita. Jangan pressure bila tak tahu nak tulis apa. Rileks je. Bila ada idea tulis. Kalau tak ada idea tunggu idea sampai daaa...

Aku ada dua lagi blog selain ini. satu bantal busyuk dan fotofahmi. jenguk-jenguklah blog aku.

SENARAI RESTORAN 1 MALAYSIA

Siapa pernah bersarapan RM2.00 dan makan tengahari RM4.00 sila angkat tangan.. angkat kening pun boleh. Hehehe... kalau nak pergilah cuba menu 1Malaysia yang semalam PM turun makan kat Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Kat Restoran Ukhwah 1 Malaysia. Aku belum cuba lagilah tapi nak cuba makan jugalah. Nak rasa menu tu sodap ke atau hampeh! Aku tahu satu lagi restoran yang tawar menu ni iaitu Restoran Q Bistro Nasi Kandar kat Bandar Permaisuri, Cheras. Dengar cerita seluruh Malaysia ada lebih 1000 restoran yang tawar menu tu. Mana senarai restoran? Hehehe.. nak tahu klik je
kat sini daa... Senarai Restoran 1 Malaysia



Korang jangan ingat menu tu harganya murah sesangat bagi kita so korang boleh bedal sampai 4 kali makan plak. Cuba bayang bagi orang miskin yang harga hanya ada RM5.00 dalam tangan. Menu yang murah harganya tu sangat bermakna bagi mereka. Errr.. ada gak nanti suara yang menyatakan kenapa tak bagi percuma je makan macam kat negara barat tu yang bagi makanan kat orang yang tak berumah tu?

UJIBAKAT PILIH KASIH 3

Haaaa... sapa-sapa yang nak jadi pelakon tu bolehlah datang ke uji bakat Pilih Kasih musim 3 yang akan mula 'audition' minggu nie. Korang nak gi uji bakat tu kenalah 'prepare' apa yang patut daaa... jangan plak datang pakai selekeh dan pakai selipar je. Sendiri mau ingat lah. Satu lagi banyak-banyak lah berlatih berlakon depan cermin. Tengok ekspresi korang bila berlakon. Apa-apa pun selamat berjayaaaaa....

Juara Pilih Kasih musim 1 iaitu Iqbal Mazlan.


Juara Pilih Kasih musim 2 iaitu Livonia.

Satu lagi korang 'download' skrip ujibakat Pilih Kasih di www.everyoneconnects.net

Jangan tak percaya, memang ada skrip daaa.. bila nak uji bakat nanti. Berlatih lah selalu. Mana tahu nanti berjaya boleh dapat tunjuk ajar Rosyam Nor, Erra Fazira, Umie Aida, Eirma Fatima, Fauziah Nawi dan Hamzah Tahir.

23 & 23 Oktober 2011 - The Summit, Batu Pahat, Johor
29 & 30 Oktober 2011 - AEON Bukit Tinggi, Klang, Selangor
12 & 13 November 2011 - Central Square, Sungai Petani, Kedah
26 & 27 November 2011 - Centre Point, Sabah
3 & 4 Disember 2011 - The Spring, Sarawak
10 & 11 Disember 2011 - KL Sentral, Kuala Lumpur

Tuesday 18 October 2011

MILO AIS DAAAA...

Bayangkan kalau wresler di WWE cakap bahasa Malaysia. Topiknya bergaduh pasal nak minum apa? Teh ais atau milo ais. Wataknya Undertaker dan Triple X. Lawak 100x daaaa.... sapa yang buat lawak nie memang kreatif daaaa....

MAKAN DAAA....

Makan..!!! memang makan tu sedap. Kalau tak makan nanti kebuluran. Terlebih makan plak kegendutan. Tapi memang betullah kalau kita makan dengan orang yang suka maka maka kita pun 'bernafsu' nak makan. Kalau makan dengan orang yang seciput je maka kita pun rasa malas nak makan banyak sangat. Dari tambah nasi 3 kali jadi sekali je makan. Hahahaha....

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Pada aku yang pertama tu lah, makan untuk hidup. Hidup kita nie bukan untuk makan, tapi untuk beribadah kepada-Nya yang Maha Esa.
Kenapa kita perlu menghadkan apa yang boleh dengan tak boleh kita makan? Prinsip aku senang je, apa-apa makanan yan halal tu, kita cubalah dulu makan atau rasa. Kalau kita tak merasa macam mana kita nak tahu makanan tu sedap ker tak. Betul? Samalah dengan kedai makanan. Kalau kita tak gi makan kat kedai tu macam mana kita nak tahu sedap ker tak masakannya. Betul?

Makanlah janji halal dan janji tak berlebih-lebihan. Satu lagi jangan membazir. Kalau ada lebihan makanan tu ajak je sapa-sapa makan atau kalau makan kat kedai tu, tapau je. Nanti kat rumah boleh second round. Ingatlah kat Somalia tu kebuluran. Makanlah berpada-pada.
Durian, durian dan durian. Memang aku gemar daaa... buah tu. Buah lain pun aku gemar gak tapi tu memang aku tak boleh miss kalau tiba musimnya. Tambah lagi kalau pulut durian dan tempoyak. Yum, Yum, YUM...
Jadi nak makan tengah hari kat mana hari nie? haaa... itu bersambung nanti daaa...

Monday 17 October 2011

AKU DAN BLOG DAAAA....

Aku nie baru je buat blog nie. Baru dalam bulan ni aku mula. Niat tu dah lama ada semenjak tahun 2009 lagi tapi itu berhenti setengah jalan je. 2 sebab kenapa aku berhenti setengah jalan dulu. Satu sebab aku rasa masa aku terhad untuk membuat entri di blog kerana kesibukan kerja aku. Kedua sebab aku tak ada langgan internet. Sekarang pun masih tak ada internet. Mengharapkan sambungan internet kat pejabat dan cyber cafe je.

Orang cakap baik lambat asal buat. Jadi hasilnya inilah blog aku. Blog yang aku 'target' akhir 2012 akan dapat pageview 200,000 lebih. Harap-haraplah macam tu. Janji apa-apa nak buat mesti ada matlamat. Macam mana nak aku capai 'target' aku tu? Aku kenalah banyak belajar dan belajar serta membuat promosi. Maklumlah pasal blog ini aku kosong lagi pengetahuan. Aku banyak 'surf' blog dan website untuk belajar dan buat 'trial and error'. Memang pada mulanya aku sedikit tak faham pasal widget, nuffnang, BE, promosi dan banyak lagilah yang aku kena pelajari. Sekarang ni pun baru 700 lebih pageview. Nak sampai 200,000 memang jauhlah lagi. Tetapi kalau aku berterusan 'update' blog aku dan membuat promosi serta selalu 'blogwalking' pasti aku akan dapat capai sasaran aku. Korang yang baca entri ni pun tolong-tolonglah aku ek.

Banyak blogger yang otai cakap kalau nak berblog nie, kita jangan jadikannya suatu bebanan untuk kita. Kita buat blog kita itu sebagai hobi yang mana kita seronok bila kita buat. Sebab blog itu terkandas ditengah jalan adalah ramai blogger yang berasa 'tension' kerana diaorang tak tahu nak tulis apa kat blog diaorang. Jangan buat macam itu. Kalau korang ada idea korang tulislah entri. Kalau tak ada idea, rileks je dulu. 3/4 hari lepas tu baru tulis idea korang. Kalau tak ada juga tunggulah bila ada idea nak tulis entri. Janji jangan buat blog itu 'batu besar di bahu anda'.

Aku ini senang je. Kalau aku tak ada kerja dan ada masa terluang serta ada idea baru aku akan tulis entri. Dan hari ahad adalah hari cuti aku dari berblog. Selalu sangat tulis entri bosan gak. Jadi nak mengelakkan aku berasa bosan berblog aku kenalah cuti sehari iaitu hari ahad. Tapi itu ikut mood aku gak lah.

Pengalaman aku berblog setakat ini, aku belajar dari kosong. Semua aku kena belajar sendiri. Agak memenatkan gak lah. Tapi 'dimana ada kemahuan, di situ ada highway'. Betul? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

FILEM-AKAN DATANG

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit


The Twilight Saga: Breaking Dawn part 1



Happy Feet 2


Apokalips X


Puss In Boots


Bunohan


Songlap


Kil


Cinta Kura Kura


Jiwa Taiko

Saturday 15 October 2011

LIVERPOOL LAWAN MANCHESTER UNITED


Fuhhh.... nasib baik perlawanan tadi Herdandez berjaya menyamakan kedudukan dengan tandukan jasil dari sepakan sudut Nani. Ishhh... Liverpool nak menang je, Hernandez plak wat kacau..
Sebelum tu pada minit 67 Steven Gerard berjaya melaksana sepakan percuma diluar kotak penalti hasil dari 'tackle' Rio terhadap Charlie Adam. Memang cantik gol Gerard tu. Gol pertama semenjak Januari dan selapas pulih dari kecederaan.
Sebenarnya Alex Ferguson dah mengelabah tadi. 3 permain gantian dimasukkan untuk menyamakan kedudukan. Nani, Wayne Rooney dan Hernandez masuk pada separuh masa kedua.
Liverpool plak mendapat 3 peluang keemasan di babak kedua tetapi tak ada luck kot.
Nyaris rekod tanpa kalah Manchester dileburkan di Anfield. Sekarang Manchester City berpeluang merampas kedudukan liga.