fahmiMOHDnilam: CHEF RIZ AKUI TERKANTOI MINTA MAAF

Thursday, 10 November 2011

CHEF RIZ AKUI TERKANTOI MINTA MAAF

Hmmm.... itulah padahnya kalau kita kelentong orang. Jangan harap orang tak akan periksa kembali benda-benda yang kita kelentong tu. Itulah terjadi pada Chef Riz iaitu anak lelaki kepada Chef Wan yang kelentong tentang sejarah tempat kerjanya yang lepas... Chef Riz tulis dalam laman sesawang Astro yang dia pernah bekerja di 2 restoran terkenal iaitu Babbo dan Le Bernardin. Namun kedua restoran itu menafikan yang beliau pernah bekerja di situ. Sudah kantoilah...

Tetapi hari ini, Hakim program TV MasterChef Malaysia, Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Cef Riz memohon maaf atas ‘kesilapannya’ memperincikan butiran profil kelayakan beliau secara berlebihan, yang dimuatkan pada laman web Astro Ria.

“Cef Riz dengan ikhlas memohon maaf kepada penontonnya kerana memberi gambaran secara berlebihan mengenai kelayakan dirinya dan Astro Ria menerima penjelasan beliau,” kata jurucakap saluran itu dalam kenyataan dua perenggan hari ini.

Terdahulu, seorang jurucakap Astro menegaskan, pihaknya tidak wajar bertanggungjawab atas maklumat profil Cef Riz, yang didakwa tidak tepat.

Stesen penyiaran itu juga telah mengubah maklumat pada profil tersebut awal hari ini, sekitar 9 pagi tadi.

Jadi berwaspadalah kalau kita nak kelentong dalam 'resume' kita ye. Jangan kelentong lebih-lebih pulak. Nanti jadi tupai yang jatuh ke tanah juga.

*sumber themalaysianinsider.com


2 comments:

  1. giler dia nie.. bagi malu bapak dia je, huhuhu

    ReplyDelete
  2. nak wat macam mana lagi kalau dah terlajak kata maka kenalah minta maaf. itu lebih baik dari terus menipu...

    ReplyDelete