fahmiMOHDnilam: PONDAN TANPA TAKUT

Thursday, 3 November 2011

PONDAN TANPA TAKUT

Haaa... tu terjemahan langsung dari tema bengkel seminar 'Sensualiti Merdeka' yang bahasa Inggerisnya, 'Queer without fear'. Seminarlah sangat. Aku pun peliklah sekarang ni. Seminar untuk golongan songsang ni pun ada ker kat Malaysia. Tahun ni pulak bukan yang pertama kali daaa... Dah banyak kali dah. Kita terlepas pandang ke.

Dahlah ada Miss Pondan, sekarang ni ada pulak Seminar pondan, gay dan lesbian. Haiyaaa... demokrasi sangatkah kita sampai sanggup benarkan golongan pada masa Nabi Lut berleluasa zaman ni? Memanglah kalau korang masuk laman sesawang SENSUALITI MERDEKA diaorang sanggup kata apa sahaja untuk mengiyakan perbuatan mereka. Perlu diingat niat tidak menghalalkan perbuatan. Semua ayat dikeluarkan oleh mereka termasuk Al-Quran untuk menghalalkan seminar mereka itu.

Pada aku, seminar itu lebih untuk mengalakkan mamat-mamat yang dah jadi pondan untuk terus menjadi pondan, yang lesbian terus jadi lesbian dan yang gay terus jadi gay. Bukan untuk memberikan nasihat untuk kembali ke pangkal jalan. Terus disesatkan lagi adalah.

Demokrasi diaorang cakap? Tak payahlah cakap demokrasi pada aku. Satu dunia nie tak ada demokrasi pun. Negara besar takluk negara Islam adalah aku tengok. Demokrasi ker tu? Nak menjatuhkan orang jahat konon padahal hasutan negara yang menjajah Palestin dan nak dapatkan minyak. Demokrasi?

Hak asasi manusia? Tanyalah pada rakyat Iraq, Afghanistan dan negara-negara yang dijajah oleh negara yang kononnya demokrasi.

Apakah pegangan hidup kita? Bukan demokrasi, tetapi agama kita. Islam. Islam itu kehidupan kita, Ad-Din. Peganglah pada agama kita yang dah lengkap.

Tak perlulah menegakkan benang yang basah. Kita sepatutnya tahu Malaysia kini sedang berperang tanpa kita sedari. Dulu nenek moyang kita berperang dengan senjata tapi sekarang kita berperang dengan pengetahuan dan ilmu. Yang lemah dan bodoh saja akan terperdaya dengan pengaruh anasir-anasir luar yang ingin menjajah kita. Mereka akan cuba menpengaruhi kita dengan segala hujah-hujah mereka untuk menghalakan apa yang sudah haram. Adakah korang terpengaruh? Terpengaruh maka korang sudah kalah dalam peperangan. Maka kita sudah terjajah kalau korang semua terpengaruh dengan dakyah mereka.

Jangan jadikan negara dilanda musibah sepertimana musibah melanda kaum Nabi Lut.

No comments:

Post a Comment