Bila orang tua atau 'senior' tidak mahu mendengar pendapat orang muda 'junior' dan bila orang muda tidak mahu dengar pendapat orang tua. Apa yang akan terjadi? Apa lagi peranglah jawabnya. Perang mulut ada, perang internet pun ada. Perang internet apa lagi selain dari Facebook, Twitter atau yang sewaktu dengannya.
Itulah alat bagi orang muda zaman sekarang meluahkan kekecewaan atau kemarahan mereka apabila suara mereka tidak didengari. Tidak boleh disalahkan juga peranan 'social network' kerana zaman berubah selari dengan teknologi dan sebaliknya. Dulu caranya lain mungkin dengan cakap belakang, mengumpat dan sebagainya yang masih lagi ada pada zaman sekarang. Kita tidak boleh menghalang teknologi yang makin lama makin canggih. Misalnya telefon bimbit pada 80-an tidak ada tetapi menjelang 90-an ianya telah menjadi satu keperluan pada setiap orang.
Bayangkan sekarang kalau korang nak menghubungi kawan korang nak ajak makan atau keluar atau apa-apalah, kawan korang tak ada telefon bimbit. Kang susah nanti nak berhubung. Tapi zaman dahulu boleh pulak. Zaman dahulu lain caranya pulak. Jadi teknologi ini boleh membantu dan membinasakan kita.
Berbalik kepada pendapat kedua-dua belah pihak yang tidak mahu didengari, apakah cara penyelesaiannya? Pada aku pihak senior dan junior kenalah beralah. Pihak senior kenalah tahu yang sekarang ini adalah zaman orang muda maka bagilah peluang kepada mereka untuk mengetengahkan pendapat mereka serta bagi peluang golongan orang muda berkhidmat cara mereka. Manakala pihak orang muda pulak kenalah 'give and take', orang tua banyak pengalamannya. Pelajarilah pengalaman mereka yang hidup sebelum kita. Jadikanlah orang tua sebagai pemerhati kita kalau kita melakukan kesalahan.
Tak salah kiranya pendapat orang muda didengari kerana mereka lebih mengetahui apa yang berlaku sekarang ini. Tetapi yang aku perhatikan sekarang ini orang tua banyak menyalahkan orang muda kerana apa? Kerana melanggar cakap orang tua? Hmmm... perlu ingat masa orang tua jadi orang muda dulu macam mana? Sama jugakan? Orang muda juga nanti jadi orang tua sama juga ker? Sama je keduanya. Akhirnya abaikan penyelesaian aku tadi, cuma 'go with the flow' je. Kan sonang hidup....
No comments:
Post a Comment