fahmiMOHDnilam

Monday 13 January 2014

Kangkung Oh Kangkung

Aku ingat di Negara jiran jer makanan menjadi topic hangat sedikit masa dulu sebab harga naik. Sekarang, laaaa... ni sayur KANGKUNG pulak menjadi topic dan trending hari ini. Sebab apa aku tak lah kisah sangat. Kerana aku memang peminat kangkung tegar. Pantang kalau Nampak kangkung masak kicap memang itulah dulu yang aku rembat selepas sepinggan nasi. Memmang kegemaran aku semenjak kecil. Tak perlukan sebab kenapa aku suka kangkung, Cukuplah aku kata yang aku memang suka makan kangkung walaupun harganya naik atau pun turun. Siapa tahu perkataan saintifik untuk kangkung. Tanya aku memanglah aku tak tahu. Kalau makan aku tahu lah. Masak pun aku tahu juga. Saintifik harap maaflah aku tak tahu. Apa lagi Google jer lah. Penting sangat ker bahasa saintifik yang direka oleh barat? Cuba Tanya kangkung dalam bahasa Arab apa? Kangkung Oh Kangkung..

Apa Mahu Dikata?

Blog adalah satu luahan perasaan melalui perkataan yang ditaip menggunakan 'keyboard'. Adakah ianya berkesan dalam menyampaikan apa yang hendak disampaikan? Jangan disangka yang tiada itu menghilang, dan jangan disangka yang ada itu wujud... Setiap perbuatan seumpama illusi kepada kita atau hanya memerangkap kita memasuki perangkap mainan mereka yang mengambil kesempatan.... Dimanakan kedudukan kita di atas muka bumi ini. Hanya menanti mati? Atau ke arah melengkapi diri di dunia dan di kemudian hari? Sememangnya banyak betul tanda soalan yang kadang-kadang perlu dijawab dan adakala perlu dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?

Thursday 10 May 2012

ERRRRRR...... KEMBALI BER BLOG

Ish.... dah lama bebenor aku tak berblog. Rasanya dah dekat 5 bulan lebih kot. Sebab tak buat blog entri terbaru? Tak ada sebab apa pun cuma tak ada 'mood' nak ber blog. Mungkin kerana terlampau sibuk dengan kerja atau pun mungkin kerana tak ada idea yang terbaru. Errr.. sekarang ada idea yang terbaru ker? Aku tanya dan aku jawab sendiri lah ye. Jawapannya tak ada juga. Cuma gatai jer tangan nak menaip. Hari Rabu tanpa perkataan? (Wordless Wednesdsay) Aku nak cakaplah juga sebab aku nak cakaplah. Ni semalam aku tengok yang video si ibu memukul bayinya yang masih kecil. Apa ker benda si ibu ni. Mungkin dia dah gila ker atau meroyan kot. Dah lah si bayi tu kecil sangat. Apa salah si bayi tu pun aku tak tahu. Aku nak tengok pun tak sampai hati. Yelah aku yang ganas dan rock ni pun tak lah sampai hati nak memukul dan mendera bayi yang masih kecil tu. Ish...dalam hidup aku tak pernah lah buat macam perempuan gila tu buat. Yang hampehnya lagi si perakam video tu. Bodoh ker apa si perakam tu. Cuba-cubalah beranikan diri menegur si perempuan gila tu. Ni tak, terus jer merakam. Tu yang dirakam jer kita nampak. Yang tak dirakam tu macam mana pulak. Lagi teruk kot deraan yang dibuat. Bodoh dan banggang di perakam tu. Kalaulah aku ada kat situ aku terus jer tampar perempuan tu bagi die sedar akan perbuatan dia tu. Dari dia pukul bayi yang tak tahu apa tu baik aku pukul mak nya. Yelah sebab banggang dan bodoh memukul si bayi yang tak tahu apa. Ish... masa tengok video tu pun aku dah tanam niat dalam hati kalaulah aku jumpa perempuan tu dengan si perakam video tu, siaplah diaorang aku maki nanti. Ish.. ish nasib baik perempuan tu dah kena penjara 18 bulan. Nasib baikkk.... kalau tak... Yang si perakam video tu aku tak tahulah pulak apa hukumannya. Si perakam tu kena pergi sesi kaunseling rasanya. Baru dia tahu lebih baik menegah dari merakam. Aik.. dah jadi 'Emotional Wednesday' pulak aku. Korang tak rasa ker apa aku rasa masa tengok video tu? Ada yang lagi teruk yang amah memukul bayi dan budak-budak kecil masa mak bapak budak-budak tak ada kat rumah. Korang ada amah? Haaa.... baiklah korang berjaga-jaga. Jangan terlalu percayakan amah-amah korang. Nampak baik jer tapi masa korang tiada kat rumah mungkin diaorang mendera anak korang. Korang dah periksa? Baik korang buat pemeriksaan. Manalah tahu kan. Lebih baik menegak dari buat tak tahu jer. Maklumlah anak-anak kecil nie senang hendak ditakutkan. Kalau dah cakap suruh senyap dan jangan beritahu orang lain maka diaorang pun ikut jer. Awasilah amah anda!!!!!!