fahmiMOHDnilam: HANTU MENJELMA DI 7-ELEVEN

Thursday, 27 October 2011

HANTU MENJELMA DI 7-ELEVEN

Hah.... hantu lagi? Dah lah kat wayang asyik-asyik cerita hantu je. Kadang-kadang menyampah gak nak gi tengok. Tetapi memandang sokonglah Buatan Malaysia maka pergi jugalah. Sebab tu penerbit filem sekarang nie boleh dapat sehingga RM10 juta kutipan. Mana taknya panggung wayang dah berlambak kat Malaysia nie kecuali kat Kelantan je ada beberapa panggung wayang je.

Berbalik pada jelmaan hantu kat 7eleven, kisah itu bermula di sebuah 7e di Paka, Terengganu. (jangan tanya aku Paka kat area mana sebab aku pun rasanya tak pernah sampai lagi). Hantu nie sopan sikit lah sebab tutup aurat siap pakai baju kurung warna hijau lagi. Hehehe.... pandai gak hantu tutup aurat, manusia je tak pandai menutup apa yang sepatutnya ditutup.

Hantu ni dirakam menggunakan cctv dan kemudian yang keluar kat Youtube tu dirakam menggunakan 'handphone' yang merakam apa yang ditayang di monitor CCTV. Sebab tu nampak bergoyang-goyang.

Pasal betul atau tipu rakaman hantu nie aku malaslah nak komenlah sebab banyak kerja lak nak selidik. Akhirnya aku tengok sebagai hiburan je lah. Tak tahulah betul atau aku kena 'auta'. Layan je lah. Kalau diaorang 'auta' kira bagus juga lah 'keautaan' diorang tu. Tapi kalau betul macam mana? Apa lagi kasi tau lah krew Mazidul Akmal Sidek dan krew 666.

Mau tengok ker hantu kat 7e tu? Sebelum tu tengok hantu ini dulu. Klik je kat SINI







3 comments: