Hmmm... memang masa aku ambil SPM dulu, kalau dekat-dekat nak SPM je semua melilau mencari kot-kot ada soalan yang bocor. Memang tak ada lah jawabnya sebab mana nak dapat zaman aku dulu. Tahun 1993 manalah ada internet kat malaysia ni. Nak cari cyber cafe pun tak ada daaaa...
Jawabnya semak je lah soalan-soalan SPM yang tahun lepas tu. Buat je latihan tubi. Jawab semua soalan yang ada. Pasti akan ingat.
Terfikir gak aku, aku nie belajar nak menuntut ilmu atau belajar nak lulus SPM je. Yang aku tahu lepas peperiksaan je, semua yang aku ingat tu atau semua yang aku belajar tu hilang pergi mana. Nampak sangatlah aku ni belajar untuk peperiksaan SPM je...
Bagi korang yang tengah baca ni mesti korang hampa kerana ini bukan soalan bocor yang korang fikirkan. Ini hanyalah pangalaman aku yang dibocorkan saja.
Alaaa... buat apa nak soalan bocor. Tak payah semua tu. Baik korang cari jawapan bocor plak. hehehe... maknanya baik korang baca dan ulang kaji betul-betul sampai korang ingat jawapannya. Nanti datang soalan yang macam-macam, bolehlah korang jawab nanti.
Berdebar menunggu peperiksaan. Hmmm... sapa yang berdebar angkat kening. Memanglah berdebar macam aku nak kawin itu hari daaa... hehehe... Alaaa... sekejap je peperiksaan tu. Lepas berdebar menunggu nak ambil SPM lepas tu berdebar gak. Berdebar nak tengok apa yang korang dapat nanti. Pangkat 1, 2 atau 3? Itu korang kenalah jawab sendiri.
No comments:
Post a Comment