fahmiMOHDnilam: METALLICA BATAL PENONTON MERUSUH

Monday 31 October 2011

METALLICA BATAL PENONTON MERUSUH

Apa daa... tengok konsert pun nak merusuh ka? Kumpulan heavy metal dari US, Metallica terpaksa membatalkan konsert mereka di India bersempena dengan Grand Prix F1 kerana aspek keselamatan. Kumpulan itu mendakwa bahawa pihak penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi serta tidak menyediakan penghadang pentas dari penonton.

Apa lagi, penonton yang datang nak tengok konsert tapi dibatalkan merusuhlah mereka. Yelah datang jauh-jauh dan bayar tiket mahal tapi konsert batal. Aku pun marah tapi tak derlah merusuh macam diaorang tu. Akhirnya terus rosak pentas dan peralatan muzik Metallica dikerjakan mereka. Dianggarkan kerosakan berjumlah $200 ribu.

Bukan itu je, pihak penganjur pulak kena tangkap oleh polis. Tak tahu pulak apa dakwaan pihak polis sana terhadap pihak penganjur. Nasib baik tiket boleh 'refund'.

Kita pulak jangan pulak jadi macam diaorang tu. Jagalah tingkah laku. Jangan jadi macam orang yang tak tahu adab dan tak bertamadun contohnya masa tengok perlawanan akhir Piala Malaysia 2011. Dah cakap banyak kali jangan bawa mercun dan jangan main laser kat pemain tapi masih buat juga. Bodoh ke bengap orang macam tu? Merosakkan nama negara betullah mereka nie.

Aku tengok perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu memang best. Tak bestnya ada penontonnya yang tak reti bahasa (bukan semua daaa...), padang dan tiket mahal. Padang macam padang sekolah daaa... Hahaha... aku tengok kat TV1 je. Nak harap TV3 buat siaran langsung jangan haraplah. Tak der untung kot bagi TV3.

No comments:

Post a Comment