1. JAM HARI - siapalah kat dunia ni yang nak jam hari kalau dah ada jam yang menunjukkan masa. Mungkin untuk orang yang pelupa sangat kot.
2.CAWAN BISKUT - Biasa orang cicah biskut dengan teh atau kopi tapi malas nak pakai pingan nak letak biskut. Jadi cawan nie menyenangkan kerja dengan letak je biskut kat bawah cawan tu. Sonang...
3.PEMBAKAR ROTI LUTSINAR - Haaa... pembakar nie senang sikit bagi kita agak roti tu dah hangit atau tak. Menggunakan teknologi pempanasan kaca. Tah... aku pun tak tahu teknologi tu macam mana daaa..
4.MUG YANG BOLEH KUNCI - bagi orang yang selalu hilang mug dia dan mug dia selalu kena rembat. Siap boleh kunci lagi.
5.BEKAS UNTUK PISANG - Sesiapa yang selalu makan pisang dan selalu letak dalam beg. Takut pisang kena penyek bolehlah pakai alat nie.
6.PEMOTONG MENTEGA - Aku takder lah makan mentega sangat. Jadi menyenang tak pay pakai pisau boleh lah pakai alat ini.
7.PENGUIN TEA BAG DIPPER - Nama melayu aper ek... nantilah aku bagitau.. Bagi orang yang malas nak 'dip tea bag' pakai tangan. Serahkan pada penguin tu je.
8.GUNTING BERLASER - Jangan ingat pistol je ada laser. Gunting pun ada laser. Kegunaanya supaya masa gunting nantik elok je garisannya. Itu je.
9.BANTAL BAYI - Khas untuk bayi yang suka tepuk buntut baru boleh tidur. Tapi kalau orang dewasa nak cuba... tak tahu lah. Mana tahu kot ada versi Bantal Dewasa ker...
10.SELIPAR BERLAMPU - Kegunaannya kalau masa gelap suiz lampu jauh boleh lah pakai selipar nie. Kalau nak skodeng pakai nie tak tahu lah plak boleh ke tak. Boleh kot....
11.TUALA CSI - Kalau korang minta siri tv CSI tu boleh lah pakai tuala ni.
12. TRAVELLER T-SHIRT - Kalau korang nak gi melancong pakai lah t-shirt nie. Semua tanda yang penting ada. Tak adalah itik dan ayam bila cakap. Tunjuk je tanda kat baju tu.
13.TRAY PELAYAN - Kepada pelayan-pelayan kat restoran termasuklah restoran mamak bolehlah pakai tray nie. Siap ada lubang nak letak jari jadi tak adalah tray tu jatuh kat atas pelanggan.
14.TANGGA MODEN - Moden ker? Aku tengok macam susah je nak panjat.
15.BANGKU ADA RODA- Apa daaa... bangku ada roda. Sepatutnya buat lah bangku ada roda dan 'remote control'. Lagi... sonang.
macam ikea jugak ni.. kih kih kih..
ReplyDeleteakak paling suka jam tu
ReplyDeletejam hari kak.... nak wat per jam hari..? :)
ReplyDeletewah... menarik2.. kasut tu comei gak..
ReplyDelete