Tuesday, 25 October 2011
MAK ABAH
Apa cerita hari ni? errr... macam-macam cerita hari. Tadi baca surat khabar atau korang biasa cakap 'newspaper', adik-beradik sanggup bergilir ponteng sekolah kerana nak jaga datuk yang sakit. Hmmm... baik sungguh mereka yang sayangkan datuk mereka.
Aku pun terfikir juga, aku nie dah menelefon mak abah aku ke hari nie sebab aku kerja kat Kuala Lumpur tapi mak abah kat Selama, Perak. Aku balik kampung pun jarang sangat sebab kesibukan kerja dan kewangan.Itulah alasan aku. Maka aku nie boleh ker mencontohi budak-budak yang sanggup ponteng sekolah kerana nak menjaga datuk mereka? Ponteng sekolah dan ponteng kerja sama ker? Akan aku balik kampung bulan ini atau bulan depan. Akan dipaksa diri sendiri untuk adakan masa. Pasti. Errrr... korang macam mana? Adakah kerja korang lagi penting dari balik menjenguk mak abah di kampung? Atau duit korang lagi penting dari pahala menjenguk ibubapa?
Aku tak akan jadi macam sesetengah orang yang sanggup menghantar ibubapa ke rumah orang tua kerana memberikan alasan tiada masa, tiada duit,sibuk dan tak nak menyusahkan diri. Selagi aku mampu aku akan jaga mak abah aku. Aku fikir kalau mak abah aku boleh jaga aku maka kenapa pulak aku tak boleh jaga diaorang?
Jadikanlah cerita adik-beradik yang sanggup ponteng sekolah tu untuk menjaga datuk mereka sebagai motivasi dan teladan yang baik bagi kita yang mengabaikan ibubapa sendiri. Ilmu boleh dituntut bila-bila masa tapi datuk tidak akan dapat dicari. Samalah juga dengan ibubapa kita. Wang boleh dicari, masa boleh diluangkan tapi setelah ibubapa kita meninggal, mereka tidak dapat dicari ganti lagi.
Terima kasih kepada adik-beradik itu kerana mengingatkan aku kepada mak abah aku di kampung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tuan di tag untuk jawab soalan di sini:
ReplyDeletehttp://www.hasrulhassan.com/2011/10/answers-and-questions-for-my-fellow.html