fahmiMOHDnilam: 2014

Monday 13 January 2014

Kangkung Oh Kangkung

Aku ingat di Negara jiran jer makanan menjadi topic hangat sedikit masa dulu sebab harga naik. Sekarang, laaaa... ni sayur KANGKUNG pulak menjadi topic dan trending hari ini. Sebab apa aku tak lah kisah sangat. Kerana aku memang peminat kangkung tegar. Pantang kalau Nampak kangkung masak kicap memang itulah dulu yang aku rembat selepas sepinggan nasi. Memmang kegemaran aku semenjak kecil. Tak perlukan sebab kenapa aku suka kangkung, Cukuplah aku kata yang aku memang suka makan kangkung walaupun harganya naik atau pun turun. Siapa tahu perkataan saintifik untuk kangkung. Tanya aku memanglah aku tak tahu. Kalau makan aku tahu lah. Masak pun aku tahu juga. Saintifik harap maaflah aku tak tahu. Apa lagi Google jer lah. Penting sangat ker bahasa saintifik yang direka oleh barat? Cuba Tanya kangkung dalam bahasa Arab apa? Kangkung Oh Kangkung..

Apa Mahu Dikata?

Blog adalah satu luahan perasaan melalui perkataan yang ditaip menggunakan 'keyboard'. Adakah ianya berkesan dalam menyampaikan apa yang hendak disampaikan? Jangan disangka yang tiada itu menghilang, dan jangan disangka yang ada itu wujud... Setiap perbuatan seumpama illusi kepada kita atau hanya memerangkap kita memasuki perangkap mainan mereka yang mengambil kesempatan.... Dimanakan kedudukan kita di atas muka bumi ini. Hanya menanti mati? Atau ke arah melengkapi diri di dunia dan di kemudian hari? Sememangnya banyak betul tanda soalan yang kadang-kadang perlu dijawab dan adakala perlu dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?