fahmiMOHDnilam: 2011

Wednesday 16 November 2011

PEMANDU TAK RETI BAHASA & BODOH

Aku naik menyampah pada orang yang pandu kereta mewah ni. Kereta je harga beratus ribu malahan juta tapi cara memandu alahai... macam kurang ajar ada, macam tak reti memandu pun ada. Macam-macam ada.

Pagi tadi aku memandu kereta aku dan aku belok ke kiri nak ke jalan di depan kedai-kedai, ada pulak kereta yang parkir di situ masa aku nak belok. Aku nak belok pun tak boleh jadi terpaksalah aku 'reverse' kereta aku dan jalan. Aku 'horn' juga kereta tu tapi buat bodoh je.

Aku tahulah kereta dia mahal tapi janganlah parkir sesuka hati mak bapak dia je sampai menyusahkan orang. Dah lah tu aku tengok balik, kereta dia masih parkir ditempat tu. Tak reti bahasa punya orang. Nak menyenangkan diri ko tapi orang lain susah memang 'selfish' dan kurang di ajarlah... Tak perlah nasib baik aku nie jenis tak maki orang depan-depan. Tengoklah nasib dia bila kena maki dengan orang lain nanti. Baru dia tau....

Kereta mahal tapi otak kasi letak dilutut.... Korang janganlah jadi macam orang macam tu. Kalau beli kereta mahal, cara pemanduan pun kenalah mahal juga. Maksudnya kenalah pandu cara berhemah. Tapi kena ingat juga yang kereta murah dengan pemandunya pun kenalah juga berhemah. Pendek kata semua oranglah.



Tuesday 15 November 2011

STEVE JOB THE LOST INTERVIEW

Macam-macam pembuat filem dari Hollywood untuk cari keuntungan. Dari temuramah pun nak buat filem. Yelah... footage Michael Jackson tengah berlatih sebelum kematiannya pun difilemkan. Untungnya mak ai... beratus juta gak lah. Modalnya pulak aku rasa tak sampai pun USD 1 juta.

Ni diaorang nak buat filem dari temuramah Steve Job pada tahun 1995. Kita tunggulah nanti macam mana hasilnya nanti. Kalau tengok filem dari mula hingga akhir 'interview' je, aku rasa rugilah korang beli tiket nanti.

CIKGU KERJA 9 JAM SEHARI


Aku sokong kalau ada cadangan nak suruh cikgu bekerja 9 jam sehari. Kenapa? Senang je sebabnya. Kerana semua pekerja awam lain kerja 9 jam sehari jadi kenapa pulak cikgu tak boleh kerja 9 jam. Alaaa... itu pun kira ok gak lah sebab cikgu lah antara profession yang pada aku paling banyak cuti. Yelah kalau cuti sekolah pun taklah mereka kerja sampai petang pun. Paling kuat waktu cuti sekolah diaorang datang kerja pagi dan balik tengah hari.

Tambah lagi banyak yang kemudahan yang kerajaan bagi pada cikgu yang pekerja awam lain tak dapat. Betul? Nak cakap diaorang bawa kerja sampai balik umah, aku pun macam tu juga cuma tak adalah bawa balik rumah tapi kerja sampai malam.

Aku tahu kerja cikgu tu mulia kerana mereka mengajar anak-anak kita. Aku pun diajar oleh cikgu aku. Jadi aku tak menafikan yang profession cikgu banyak cabarannya dan karenahnya. Perlu juga ingat, begitu juga kerja-kerja yang lain. Semua kerja mulia pada aku tapi tak termasuklah kerja yang haram.

Aku sokong cikgu kerja 9 jam sehari kerana bukan semua cikgu yang rajin. Ada juga yang malas. Yang malas tu lah kita kena kawal dengan menggenakan peraturan agar mereka bekerja macam pekerja awam lain bekerja. Tidak perlu ada 'double standard'. Aku pun ada pengalaman juga dengan cikgu yang pemalas ni. Cikgu kerja dari pagi? Aku pun kerja dari pagi juga dan balik malam. Kerja cikgu banyak bebanan? Kerja lain tak ada bebanan kerja ker?

Cikgu yang menentang cadangan kerja 9 jam sehari tu pada aku mereka tak nak keistimewaan mereka itu ditarik balik. Mereka banyak tanggungjawab kata mereka. Errr... pekerja awam lain tak ada tanggungjawab ker?

Jadi cikgu-cikgu sekelian, kerjalah macam kami kerja ni. 9 jam sehari. Boleh?

10 PEMBUNUH BERSIRI PALING DITAKUTI


Dalam dunia ni banyak sungguh ragam manusia hinggakan ada yang sanggup menjadi pembunuh semata-mata kerana hendak memuaskan nafsu atau memenuhi agenda mereka tersendiri. Dulu kat Malaysia pun ada gak yang bersiri ni tapi perogol bersiri. Pembunuh bersiri kat Malaysia mungkin ada kot cuma aku terlepas pandang. Jadi nak tahu 10 pembunuh bersiri yang paling ditakuti?

1.Pedro Alonso Lopez
Dia ni yang berasal dari Colombia telah membunuh dengan kejam 300 orang dan digelar 'Monster of Andes. Disahkan gila tapi.... masih menghilangkan diri.

2.Harold Shipman
Dia ni pula berasal dari United Kingdom yang menyamar sebagai doktor dan membunuh mangsa seramai 250 orang dengan menyuntik suntikan maut Diamorphine.

3.Luis Garavito
Seorang lagi pembunuh bersiri dari Colombia yang telah membunuh 138 orang. Dia ni mebunuh remaja lelaki dan digelar 'The Beast'. Telah ditahan pada 1999.


4.Henry Lee Lucas
Terlibat dengan 100 pembunuhan di US yang melibatkan perempuan serta digelar 'Otis Toole'. Dah mati dalam penjara.

5.Andrei Chikatilo
Telah membunuh 53 wanita dan 3 kanak-kanak. Telah digantung sampai mati pada 1990 di Rusia. Gelaran diberi 'The Red Ripper'.


6.John Wayne Gacy
Pembunuh bersiri dari US ni dari tahun 1972-1978, digelar 'Killer Clown' telah membunuh 33 lelaki. Telah dikenakan hukuman mati.

7.Ted Bundy
Telah merogol dan membunuh seramai 30 wanita di Amerika. Menggunakan ketampanan sebagai umpan untuk membunuh mangsa. Mempunyai penyakit Necrophilia iaitu obses terhadap gangguan seksual.

8.Jeffrey Dahmer
Telah membunuh 17 lelaki dan ditemui mati di dalam penjara pada 1994.

9.Richard Ramirez
Berasal dari Mexico dan telah mebunuh 14 orang. Diberi gelaran 'Night Stalker'.

10.Dennis Rader
Digelar BTK Killer (Blind Torture Kill) telah membunuh 10 orang di Amerika.


Hah.. korang bila baca tu jangan pulak nanti kalau cikgu tanya nak jadi apa? Korang pulak jawab nak jadi pembunuh bersiri. Aku buat 'post' tu supaya korang jadikan sempadan dan berwaspada. Dalam dunia banyak cobaannya. Jangan mudah terperdaya dengan ketampanan, sifat baik, kelakar atau mudah tertipu dengan luaran seseorang. Sentiasa mengamalkan sifat berwaspada dan berhati-hati dalam kehidupan. Ajar anak-anak kita supaya jangan bercakap dengan orang asing dan sebagainya. Mencegah lebih baik dari mengubati.....

Monday 14 November 2011

BLOGGER PERAK


Aku baru je terserempak dengan blog yang khusus untuk kome-kome yang berasal dari Perak Darul Ridzuan ni. Maklumlah teman pun orang Perak juga tapi tak ader lah cakap Perak kat Bota tu tapi aku cakap Kedah daaa... Aku duduk kat Selama Perak. Kalau korang belum tahu, Selama ni terletak di utara Taiping dan bawah sikit dari Kulim. Ada 2 Selama iaitu Selama Perak dan Selama Kedah. Duanya dipisahkan dengan sungai yang menjadi sempadan antara Perak dan Kedah.

Kitaorang best sikitlah sebab dekat dengan Kedah jadi kalau rasa nak gi bank atau pejabat pos hari ahad maka dekat je nak gi. Kedah kan kerja hari ahad.

Blog yang khusus untuk orang Perak ni namanya BLOGGER PERAK. Jadi aku pun turut sama mempromosikanlah blog ni pada blogger dari atau asal Perak. Yob dah 'join'. Meke dah ker?

Saturday 12 November 2011

FASHA SANDHA SEKSI LAGI

Hmmmm.... aku rasa Fasha dah tak kisah apa orang nak cakap kat dia kot. Yelah masih mengenakan pakaian yang seksi walaupun sebelum ni pernah keluar gambar dia berbikini di Bali. Hmmm.... takkan 'alah bisa tegal biasa' kot dalam hal seksi ni. Errr.... sampai bila ek nak seksi? Masa kat Jom Heboh kat Kelantan bolehlah pulak bertudung. Atau gambar yang baju merah tu orang lain kot. Pelanduk 2 serupa? Tak tahulah aku....


VIDEO YANG KREATIF

The Imperfectionist from Asa Lucander on Vimeo.


Celebrity Robot Audition from LOOSEWORLD on Vimeo.


Friday 11 November 2011

WANG RM50 BARU


Aku tak tahulah betul ke tak Bank Negara akan keluarkan wang RM50 baru. Khabar angin kot atau betul kot. Korang tengoklah sendiri macam mana rupanya RM50 baru tu.



Thursday 10 November 2011

DATUK SITI DAN KIMORA

Itu hari Kimora Simmon ada datang Malaysia. Errr... tak tahu sapa Kimora? Alaaa... bekas supermodel yang kat TV selalu tayang siri realiti dia tu. 'Kimora Life' kot tajuknya kat 8TV atau kat Astro kat E! channel ada rasanya. Dia nie kira terkenal gaklah dalam dunia fesyen antarabangsa. Siap ada 'clothing brand' lagi. Baby Phat.



FILEM ABUYA


Filem yang diberi tajuk 'ABUYA' ini menampilkan pelakon Faizal Hussein sebagai watak utama yang mengisahkan tentang kumpulan ajaran sesat. Aku tengok 'trailer' filem tu boleh tahan juga. Dalam filem ni juga ada adegan panas Jue Aziz. Aku tak tahulah panas macam mana. Tunggu jelah nanti tayangan Abuya.




ZARINA SEKSI DI FHM INDONESIA

Haiyaaa... apa mau jadi dengan ini artis daaa... Banyak betul kontroversi melanda si dia ni tapi masih juga mahu cetus kontroversi. Tahulah awak tu bergambar dengan pakai baju dan seluar tapi tengoklah baju dan seluar awak tu macam mana daaa.... Si dia ni pelakon siri TV Pontianak Harum Sundal Malam yang ditayangkan di TV3 sidikit masa dahulu dulu bergambar untuk majalah FHM edisi Indonesia.
Bukan begini caranya nak meraih populariti dengan membelakang terus tata susila sebagai orang Melayu. Tak tahulah kalau dia bukan Melayu.

CHEF RIZ AKUI TERKANTOI MINTA MAAF

Hmmm.... itulah padahnya kalau kita kelentong orang. Jangan harap orang tak akan periksa kembali benda-benda yang kita kelentong tu. Itulah terjadi pada Chef Riz iaitu anak lelaki kepada Chef Wan yang kelentong tentang sejarah tempat kerjanya yang lepas... Chef Riz tulis dalam laman sesawang Astro yang dia pernah bekerja di 2 restoran terkenal iaitu Babbo dan Le Bernardin. Namun kedua restoran itu menafikan yang beliau pernah bekerja di situ. Sudah kantoilah...

Tetapi hari ini, Hakim program TV MasterChef Malaysia, Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Cef Riz memohon maaf atas ‘kesilapannya’ memperincikan butiran profil kelayakan beliau secara berlebihan, yang dimuatkan pada laman web Astro Ria.

“Cef Riz dengan ikhlas memohon maaf kepada penontonnya kerana memberi gambaran secara berlebihan mengenai kelayakan dirinya dan Astro Ria menerima penjelasan beliau,” kata jurucakap saluran itu dalam kenyataan dua perenggan hari ini.

Terdahulu, seorang jurucakap Astro menegaskan, pihaknya tidak wajar bertanggungjawab atas maklumat profil Cef Riz, yang didakwa tidak tepat.

Stesen penyiaran itu juga telah mengubah maklumat pada profil tersebut awal hari ini, sekitar 9 pagi tadi.

Jadi berwaspadalah kalau kita nak kelentong dalam 'resume' kita ye. Jangan kelentong lebih-lebih pulak. Nanti jadi tupai yang jatuh ke tanah juga.

*sumber themalaysianinsider.com


MUFTI PERLIS TERKEJUT PM HABIS HAJI AWAL

Haaa.... itu aku petik dari laman sesawang malaysiakini.com yang memetik kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bahawa Perdana Menteri telah selesai menunaikan Haji awal dari sepatutnya. Hmmm.... betul ke? Itu kena tanyalah kepada pihak yang berkenaan. Sebab ilmu agama didalam dada aku ni belum cukup untuk menerangkan tentang Haji ni.


Menurutnya Dr Juanda Jaya, 'sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini (8 November) itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Dr Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

Aku tak tahulah mana satu yang betul. Yang aku tahu kenalah bagi perjelasan supaya orang Islam macam aku nie tak keliru.

*sumber : malaysiakini.com


KAPAL HAJI

Zaman sekarang semuanya mudah. Bolehlah dikatakan mudah jugalah. Yelah cuba bandingkan zaman dahulu contohnya 3 atau 4 dekad terdahulu. Semuanya boleh dikatakan susah tetapi semuanya boleh berjalan seperti biasa juga.

Aku nak sentuh pasal Haji. Zaman sekarang telah dimudahkan perjalanan ke Tanah Suci Mekah dengan menaiki kapal terbang yang mengambil masa beberapa jam je. Alhamdullillah.... Tetapi itu pun ada yang tak nak menunaikan haji dengan alasan tak sampai seru lah, tak kemampuanlah dan bagai-bagai lagi. Itu satu, satu lagi ada juga yang menunaikan Haji banyak kali sehingga mengambil kuota orang yang pertama kali nak pergi Haji tapi tak dapat. Mentang-mentanglah naik kapal terbang maka mahu je pergi banyak kali. Pada aku tak salah tapi bagilah peluang pada orang lain pulak pegi Haji kerana Malaysia mempunyai kuota jemaah Haji yang dibolehkan oleh kerajaan Arab Saudi. 1/3 orang yang pergi Haji adalah orang yang yang pernah menunaikan Haji.

Cuba naik kapal laut. Hah... macam mana? Begitu susahnya datuk nenek kita dulu yang nak pergi ke Mekah. Sehingga berbulan di lautan. Kena bawa bekalan makanan sendiri untuk dimakan didalam kapal. Bayangkanlah.....




Wednesday 9 November 2011

MAMAT BARU BELI MOTOR



BEATBOX LELAKI BERJAMBANG

Manusia boleh buat apa-apa saja dengan mulutnya. Boleh keluarkan macam-macam bunyi macam lelaki berjambang nie yang pakar dalam 'Beatbox'. Tengok je lah.

GYMKHANA KEN BLOCK

Korang tahu ker apa itu Gymkhana? Hah... aku pun baru tahu daaa... Gymkhana itu berasal dari GIM-KAH-NUH atau Jimmy Conner. (nama pencipta 'game' ni kot) Ni macam 'free-style driving' lah. Ia memerlukan si pemandu memandu kereta dengan kelajuan tinggi di kawasan lapangan terbang, padang, veledrome atau apa-apa kawasan yang berkehendakan kemahiran tinggi. Selekoh-selekoh yang tajam perlu dilalui dengan cara 'drifting'. Orang yang terkenal dengan sukan ini adalah Ken Block dari US yang terkenal juga dalam dunia rali WRC.





IKLAN TOYOTA HILUX



VIDEO SEMANGAT UNTUK ATLET BRITAIN

Olimpik 2012 akan tiba. Jadi macam mana nak bangkitkan semangat atlet untuk mengutip pingat emas ditemasya Olimpik nanti? Ikut macam Cadbury yang buat video atlet renang Britain ni.

BANGUNAN YANG MENCABAR GRAVITI

Bangunan Artscience Museum di Singapura.



QUAD visual art gallery di Derby, United Kingdom.



Museo Soumaya di Mexico City, Mexico.



City of Arts and Sciences di Valencia, Sepanyol.


Guggenheim Bilbao di Sepanyol

RABU BERKATA-KATA

Haiyaaa... aku dah dekat 5 hari cuti dari ber'blogging' ni. Rasa rindu plak nak tulis. Tangan rasa gatal je nak tekan huruf-huruf kat keyboard nie. Maklumlah aku beraya sakan Aidiladha ni walaupun orang lain raya macam tak raya je. Aku raya kat rumah aku je kat Selama, Perak. Tahu kat mana? Tak tahu Google map je.

Banyak cerita nak cerita. Yang pertama kenapalah pasukan bolasepak Malaysia dengan Singapura pun tak boleh makan daaa... Ish.. aku rasalah caturan Ong Kim Swee salah kot. Kenapalah tak ada penyerang senior dalam pasukan? Aku pun tak tahu. Dah tahu Wan Zack cedera gantilah dengan pemain yang senior macam Safee Sali ker.. Hadi Yahya ke... atau Ashaari ke... Ini tak mengharapkan penyerang remaja yang dah tentu tumpul... Tapi nak buat macam mana kan.. dah seri lagi baik dari kalah. Nasib baiklah. Aku tengok permainan pasukan Malaysia sungguh membuatkan aku sakit jantung pulak. Tak per aku tak marah pun cuma kecewa sikitlah.

Itu hari aku sentuh pasal 'Sensualiti Merdeka'. Merdekalah sangat... Semua orang menentang. Tak payahlah orang-orang yang macam tu kita layan. Tak payahlah jumpa Ketua Polis Negara. Benda yang dalam agama Islam memang haram tetap haram. Tak usah menegakkan benang yang dah basah. Bengkok jua akhirnya. Diorang nie memang ada agenda tersembunyi. Orang bodoh je yang akan menyokong diorang ni.

Itulah Raya Aidiladha, kita patut berkorban jiwa dan raga kita apabila kita menghadapi ancaman luar yang cuba mempengaruhi umat Islam dan negara Malaysia. Perlu ingat tu..

Thursday 3 November 2011

SEGMEN | LULU CALDINA AJAK BLOGWALKING

Minggu nie, aku dah join 2 segmen termasuk yang ni. Menurut doktor Loyar Bin Buruk, selain kita berjoging dan jalan-jalan, blogwalking boleh juga menyihatkan badan kita. Terutama blog kita. Hahahaa... sihatkan blog aku je lah.

Cik Lulu Caldina yang pakai Toyota Caldina nie merupakan seorang yang berpotensi besar dalam bidang blog 'memblogging' (rosakkan bahasa Malaysia betul aku nie) dalam tanah air sekrang ini. (semua tu aku teka je, betul ke masih 'cik' dan pakai Toyota Caldina?) Tak tahulah terasa pulak nak 'join' segmen dia nie.

Alaaa... apa lagi. Jangan segan dan jangan silu, maka apa yang perlu korang buat pegang tetikus korang tu dan klik kanan je kat sinun LULU CALDINA

PONDAN TANPA TAKUT

Haaa... tu terjemahan langsung dari tema bengkel seminar 'Sensualiti Merdeka' yang bahasa Inggerisnya, 'Queer without fear'. Seminarlah sangat. Aku pun peliklah sekarang ni. Seminar untuk golongan songsang ni pun ada ker kat Malaysia. Tahun ni pulak bukan yang pertama kali daaa... Dah banyak kali dah. Kita terlepas pandang ke.

Dahlah ada Miss Pondan, sekarang ni ada pulak Seminar pondan, gay dan lesbian. Haiyaaa... demokrasi sangatkah kita sampai sanggup benarkan golongan pada masa Nabi Lut berleluasa zaman ni? Memanglah kalau korang masuk laman sesawang SENSUALITI MERDEKA diaorang sanggup kata apa sahaja untuk mengiyakan perbuatan mereka. Perlu diingat niat tidak menghalalkan perbuatan. Semua ayat dikeluarkan oleh mereka termasuk Al-Quran untuk menghalalkan seminar mereka itu.

Pada aku, seminar itu lebih untuk mengalakkan mamat-mamat yang dah jadi pondan untuk terus menjadi pondan, yang lesbian terus jadi lesbian dan yang gay terus jadi gay. Bukan untuk memberikan nasihat untuk kembali ke pangkal jalan. Terus disesatkan lagi adalah.

Demokrasi diaorang cakap? Tak payahlah cakap demokrasi pada aku. Satu dunia nie tak ada demokrasi pun. Negara besar takluk negara Islam adalah aku tengok. Demokrasi ker tu? Nak menjatuhkan orang jahat konon padahal hasutan negara yang menjajah Palestin dan nak dapatkan minyak. Demokrasi?

Hak asasi manusia? Tanyalah pada rakyat Iraq, Afghanistan dan negara-negara yang dijajah oleh negara yang kononnya demokrasi.

Apakah pegangan hidup kita? Bukan demokrasi, tetapi agama kita. Islam. Islam itu kehidupan kita, Ad-Din. Peganglah pada agama kita yang dah lengkap.

Tak perlulah menegakkan benang yang basah. Kita sepatutnya tahu Malaysia kini sedang berperang tanpa kita sedari. Dulu nenek moyang kita berperang dengan senjata tapi sekarang kita berperang dengan pengetahuan dan ilmu. Yang lemah dan bodoh saja akan terperdaya dengan pengaruh anasir-anasir luar yang ingin menjajah kita. Mereka akan cuba menpengaruhi kita dengan segala hujah-hujah mereka untuk menghalakan apa yang sudah haram. Adakah korang terpengaruh? Terpengaruh maka korang sudah kalah dalam peperangan. Maka kita sudah terjajah kalau korang semua terpengaruh dengan dakyah mereka.

Jangan jadikan negara dilanda musibah sepertimana musibah melanda kaum Nabi Lut.

HOTEL HELIKOPTER

Haaaa... dulu orang tahu yakin manusia boleh terbang. Adik beradik Wright kena ketawa je. Akhirnya sekarang boleh terbang ke mana jua di dunia ni. Ke bulan pun sudah. Jadi tak mustahillah kalau akan datang ada hotel helikopter pulak. Jangan terkejut pulak nanti...