fahmiMOHDnilam: PEMANDU TAK RETI BAHASA & BODOH

Wednesday, 16 November 2011

PEMANDU TAK RETI BAHASA & BODOH

Aku naik menyampah pada orang yang pandu kereta mewah ni. Kereta je harga beratus ribu malahan juta tapi cara memandu alahai... macam kurang ajar ada, macam tak reti memandu pun ada. Macam-macam ada.

Pagi tadi aku memandu kereta aku dan aku belok ke kiri nak ke jalan di depan kedai-kedai, ada pulak kereta yang parkir di situ masa aku nak belok. Aku nak belok pun tak boleh jadi terpaksalah aku 'reverse' kereta aku dan jalan. Aku 'horn' juga kereta tu tapi buat bodoh je.

Aku tahulah kereta dia mahal tapi janganlah parkir sesuka hati mak bapak dia je sampai menyusahkan orang. Dah lah tu aku tengok balik, kereta dia masih parkir ditempat tu. Tak reti bahasa punya orang. Nak menyenangkan diri ko tapi orang lain susah memang 'selfish' dan kurang di ajarlah... Tak perlah nasib baik aku nie jenis tak maki orang depan-depan. Tengoklah nasib dia bila kena maki dengan orang lain nanti. Baru dia tau....

Kereta mahal tapi otak kasi letak dilutut.... Korang janganlah jadi macam orang macam tu. Kalau beli kereta mahal, cara pemanduan pun kenalah mahal juga. Maksudnya kenalah pandu cara berhemah. Tapi kena ingat juga yang kereta murah dengan pemandunya pun kenalah juga berhemah. Pendek kata semua oranglah.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment