fahmiMOHDnilam: CIKGU KERJA 9 JAM SEHARI

Tuesday 15 November 2011

CIKGU KERJA 9 JAM SEHARI


Aku sokong kalau ada cadangan nak suruh cikgu bekerja 9 jam sehari. Kenapa? Senang je sebabnya. Kerana semua pekerja awam lain kerja 9 jam sehari jadi kenapa pulak cikgu tak boleh kerja 9 jam. Alaaa... itu pun kira ok gak lah sebab cikgu lah antara profession yang pada aku paling banyak cuti. Yelah kalau cuti sekolah pun taklah mereka kerja sampai petang pun. Paling kuat waktu cuti sekolah diaorang datang kerja pagi dan balik tengah hari.

Tambah lagi banyak yang kemudahan yang kerajaan bagi pada cikgu yang pekerja awam lain tak dapat. Betul? Nak cakap diaorang bawa kerja sampai balik umah, aku pun macam tu juga cuma tak adalah bawa balik rumah tapi kerja sampai malam.

Aku tahu kerja cikgu tu mulia kerana mereka mengajar anak-anak kita. Aku pun diajar oleh cikgu aku. Jadi aku tak menafikan yang profession cikgu banyak cabarannya dan karenahnya. Perlu juga ingat, begitu juga kerja-kerja yang lain. Semua kerja mulia pada aku tapi tak termasuklah kerja yang haram.

Aku sokong cikgu kerja 9 jam sehari kerana bukan semua cikgu yang rajin. Ada juga yang malas. Yang malas tu lah kita kena kawal dengan menggenakan peraturan agar mereka bekerja macam pekerja awam lain bekerja. Tidak perlu ada 'double standard'. Aku pun ada pengalaman juga dengan cikgu yang pemalas ni. Cikgu kerja dari pagi? Aku pun kerja dari pagi juga dan balik malam. Kerja cikgu banyak bebanan? Kerja lain tak ada bebanan kerja ker?

Cikgu yang menentang cadangan kerja 9 jam sehari tu pada aku mereka tak nak keistimewaan mereka itu ditarik balik. Mereka banyak tanggungjawab kata mereka. Errr... pekerja awam lain tak ada tanggungjawab ker?

Jadi cikgu-cikgu sekelian, kerjalah macam kami kerja ni. 9 jam sehari. Boleh?

No comments:

Post a Comment