fahmiMOHDnilam: BLOGGER PERAK

Monday 14 November 2011

BLOGGER PERAK


Aku baru je terserempak dengan blog yang khusus untuk kome-kome yang berasal dari Perak Darul Ridzuan ni. Maklumlah teman pun orang Perak juga tapi tak ader lah cakap Perak kat Bota tu tapi aku cakap Kedah daaa... Aku duduk kat Selama Perak. Kalau korang belum tahu, Selama ni terletak di utara Taiping dan bawah sikit dari Kulim. Ada 2 Selama iaitu Selama Perak dan Selama Kedah. Duanya dipisahkan dengan sungai yang menjadi sempadan antara Perak dan Kedah.

Kitaorang best sikitlah sebab dekat dengan Kedah jadi kalau rasa nak gi bank atau pejabat pos hari ahad maka dekat je nak gi. Kedah kan kerja hari ahad.

Blog yang khusus untuk orang Perak ni namanya BLOGGER PERAK. Jadi aku pun turut sama mempromosikanlah blog ni pada blogger dari atau asal Perak. Yob dah 'join'. Meke dah ker?

2 comments:

  1. moh ler kiter, hihihi

    padahal bkn org perak pun, saje menyampuk, hihihi

    ReplyDelete
  2. menyampuk ok je. jgn kena sampuk je.... :)

    ReplyDelete