fahmiMOHDnilam: KAPAL HAJI

Thursday 10 November 2011

KAPAL HAJI

Zaman sekarang semuanya mudah. Bolehlah dikatakan mudah jugalah. Yelah cuba bandingkan zaman dahulu contohnya 3 atau 4 dekad terdahulu. Semuanya boleh dikatakan susah tetapi semuanya boleh berjalan seperti biasa juga.

Aku nak sentuh pasal Haji. Zaman sekarang telah dimudahkan perjalanan ke Tanah Suci Mekah dengan menaiki kapal terbang yang mengambil masa beberapa jam je. Alhamdullillah.... Tetapi itu pun ada yang tak nak menunaikan haji dengan alasan tak sampai seru lah, tak kemampuanlah dan bagai-bagai lagi. Itu satu, satu lagi ada juga yang menunaikan Haji banyak kali sehingga mengambil kuota orang yang pertama kali nak pergi Haji tapi tak dapat. Mentang-mentanglah naik kapal terbang maka mahu je pergi banyak kali. Pada aku tak salah tapi bagilah peluang pada orang lain pulak pegi Haji kerana Malaysia mempunyai kuota jemaah Haji yang dibolehkan oleh kerajaan Arab Saudi. 1/3 orang yang pergi Haji adalah orang yang yang pernah menunaikan Haji.

Cuba naik kapal laut. Hah... macam mana? Begitu susahnya datuk nenek kita dulu yang nak pergi ke Mekah. Sehingga berbulan di lautan. Kena bawa bekalan makanan sendiri untuk dimakan didalam kapal. Bayangkanlah.....




No comments:

Post a Comment