fahmiMOHDnilam: 10 PEMBUNUH BERSIRI PALING DITAKUTI

Tuesday 15 November 2011

10 PEMBUNUH BERSIRI PALING DITAKUTI


Dalam dunia ni banyak sungguh ragam manusia hinggakan ada yang sanggup menjadi pembunuh semata-mata kerana hendak memuaskan nafsu atau memenuhi agenda mereka tersendiri. Dulu kat Malaysia pun ada gak yang bersiri ni tapi perogol bersiri. Pembunuh bersiri kat Malaysia mungkin ada kot cuma aku terlepas pandang. Jadi nak tahu 10 pembunuh bersiri yang paling ditakuti?

1.Pedro Alonso Lopez
Dia ni yang berasal dari Colombia telah membunuh dengan kejam 300 orang dan digelar 'Monster of Andes. Disahkan gila tapi.... masih menghilangkan diri.

2.Harold Shipman
Dia ni pula berasal dari United Kingdom yang menyamar sebagai doktor dan membunuh mangsa seramai 250 orang dengan menyuntik suntikan maut Diamorphine.

3.Luis Garavito
Seorang lagi pembunuh bersiri dari Colombia yang telah membunuh 138 orang. Dia ni mebunuh remaja lelaki dan digelar 'The Beast'. Telah ditahan pada 1999.


4.Henry Lee Lucas
Terlibat dengan 100 pembunuhan di US yang melibatkan perempuan serta digelar 'Otis Toole'. Dah mati dalam penjara.

5.Andrei Chikatilo
Telah membunuh 53 wanita dan 3 kanak-kanak. Telah digantung sampai mati pada 1990 di Rusia. Gelaran diberi 'The Red Ripper'.


6.John Wayne Gacy
Pembunuh bersiri dari US ni dari tahun 1972-1978, digelar 'Killer Clown' telah membunuh 33 lelaki. Telah dikenakan hukuman mati.

7.Ted Bundy
Telah merogol dan membunuh seramai 30 wanita di Amerika. Menggunakan ketampanan sebagai umpan untuk membunuh mangsa. Mempunyai penyakit Necrophilia iaitu obses terhadap gangguan seksual.

8.Jeffrey Dahmer
Telah membunuh 17 lelaki dan ditemui mati di dalam penjara pada 1994.

9.Richard Ramirez
Berasal dari Mexico dan telah mebunuh 14 orang. Diberi gelaran 'Night Stalker'.

10.Dennis Rader
Digelar BTK Killer (Blind Torture Kill) telah membunuh 10 orang di Amerika.


Hah.. korang bila baca tu jangan pulak nanti kalau cikgu tanya nak jadi apa? Korang pulak jawab nak jadi pembunuh bersiri. Aku buat 'post' tu supaya korang jadikan sempadan dan berwaspada. Dalam dunia banyak cobaannya. Jangan mudah terperdaya dengan ketampanan, sifat baik, kelakar atau mudah tertipu dengan luaran seseorang. Sentiasa mengamalkan sifat berwaspada dan berhati-hati dalam kehidupan. Ajar anak-anak kita supaya jangan bercakap dengan orang asing dan sebagainya. Mencegah lebih baik dari mengubati.....

No comments:

Post a Comment