Wednesday, 5 October 2011
BELANJAWAN 2012 DAN BONUS
Hari Jumaat ni 7 Oktober 2011 akan dibentangkan Belanjawan 2012, maka banyaklah spekulasi yang timbul di kalangan rakyat jelata. Dari orang berniaga, parti pembangkang dan orang ramai dan terutama kakitangan kerajaan. Orang yang berkerja di kerajaan tak fikir benda lain kecuali memikirkan ada atau tak bonus. Itu je yang kami mahu tahu sebab kami ini bukan macam kakitangan swasta yang setiap tahun menjadi kemestian bonus menanti. Kakitangan kerajaan?
Menunggu je lah dan menunggu ihsan kerajaan. Pada saya ada alhamdullillah.... tak ada nak buat macam mana kan? kerja je lah macam biasa.. Orang yang bekerja di swasta beranggapan kami yang bekerja di kerajaan ni tak layak menerima bonus kerana kerja malas dan tak berdisplin... betul ker? Orang kerja swasta rajin sangat ker atau berdisplin sangat ker? Takkan lah semua malas dan tak berdisplin. Macam di swasta semua ker yang rajin dan berdisplin? Apa-apa pun semua sama saja kerana dua-dua kerja makan gaji.
Firasat saya yang tak seberapa ni kemungkingan akan ada. Sebab apa? sebab pilihanraya akan muncul kemungkinan November ini akan diisytiharkan maka untuk mengambil hati diberilah sesuatu dalam bentuk bonus atau wang ihsan... firasat saya lah..
Benda lain dalam Belanjawan 2012 saya tak nak tahu sangat sebab tak terlibat secara langsung dalam perniagaan atau yang sama waktunya dengannya...
Satu lagi saya nie bekerja kontrak di kerajaan je... harap-harap adalah kot...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment