fahmiMOHDnilam: DAFTAR SPR

Saturday 22 October 2011

DAFTAR SPR

Adakah korang semua dah daftar. Cakap hebat je parti politik tu tak bagus, parti politik ni bagus.. itu ini tapi tup.. tup.. daftar SPR pun tak pernah daaa... Apa macam mahu undi pilihanraya nanti. Kena ingat pilihanraya tak lama lagi dan korang kena daftar sekarang sebab bila korang daftar lepas 3 bulan daftar baru boleh mengundi. Esok nak buang undi hari ni nak daftar pengundi tak dapatlah dik oi...

Jadi cepat-cepatlah korang mendaftar sebagai pengundi. Tadi aku lalu Kompleks PKNS kat depan KFC ada dibuka kaunter nak daftar SPR. Alaaa... sonang sangat nak daftar pun. Tak payah pecahkan kepala nak fikir. Bawa je MYKAD dan nanti orang yang jaga kaunter tu tolong daftarkan. Senang sangat daaa... Cepat daftar...

Nak periksa nama korang ada ke tak ada sebagai pengundi, klik je kat http://www.spr.gov.my

No comments:

Post a Comment