fahmiMOHDnilam: TAHAJJUD CINTA

Saturday, 8 October 2011

TAHAJJUD CINTA


Aku ikut gak lah drama Tahajjud Cinta ni kat TV3 pada setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam bukan kerana apa kerana pada aku jalan cerita dan lakonannya boleh dikira baik jugalah. Pada permulaan episod aku tak sangat ikut kerana agak perlahan jalan ceritanya sehinggalah pada episod yang 3 minggu lepas.

Drama ini diarah oleh Eirma Fatima yang sama je dengan Erma Fatima cuma tambah 'i' je. Barisan para pelakonnya juga pada aku hebat jugalah iaitu Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa. Watak Neelofa sebagai Suraya baru je muncul minggu lepas. Aku teruja gak lah nak tengok lakonan Neelofa kerana aku belum pernah lagi tengok lakonan dia.

Drama yang bercorak agama ini semakin mendapat tempat dikalangan para penonton di Malaysia semenjak 'letusan' penangan drama Nur Kasih. Yang samanya pelakon Nur Kasih berada di dalam drama Tahajjud Cinta iaitu RemY Ishak sebagai watak utama Ustaz Solah dan Tiz Zaqyah sebagai watak tambahan je rasanya. Mungkin itu formula yang digunakan oleh TV3 untuk menarik penonton dengan mensyaratkan mengambil 2 pelakon itu. Mungkin lah kot.

Drama ini bermula dengan kisah tentang 2 sahabat iaitu Citra (Fazura)dan Seri (Fouziah Gous) yang tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra lakonan Tiz Zaqyah) ada masalah dengan perkahwinannya.

Setelah mereka, Seri dan Citra pulang ke Malaysia, Citra berjuang membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada Ustaz Shauki (Eman Manan). Ustaz ni pulak bapa kepada Ustaz Solah (Remy).

Konflik bermula apabila Seri dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan Ustaz Shauki yang digambarkan sebagai lelaki yang beragama tetapi ditunjangi nafsu. Persoalannya dapatkah Seri di selamatkan oleh Citra dan Solah?

Walaubagaimana pun, drama ini mencetuskan kontroversi disebabkan jalan ceritanya yang mengambarkan seorang ustaz yang menggunakan agama Islam demi memenuhi nafsunya. Pada saya drama ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Cuma pengambaran Islam didalam drama ini pada saya agak negatif kerana digambarkan Islam menindas kaum wanita. Tetapi pendapat saya, ianya hanya gambaran negatif di dalam drama ini bagi memberi pengajaran kepada penonton agar tidak memesongkan ajaran Islam.

Drama ini masih ditayangkan dan jangan lupa menontonnya. Jangan dengar pendapat orang kalau kita sendiri tidak menontonnya. Tengok dan fikirkan maksud tersirat yang cuba disampaikan. Jadilah penonton yang cerdik jangan jadi penonton yang kosong akalnya.

4 comments:

  1. grrrrr
    geram jek tgk cite nih
    tapi nk tgk gak
    hehehe
    salam kenai ye!
    tahniah mnjadi blog pilihan abg ben =]

    ReplyDelete
  2. tahajud cinta.saya selalu terlepas cerita ni .huhu

    p/s:salam kenal :) datang lawat dari blog ben ashaari.

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan dari blog BA!
    tahniah jadi blog pilihan..


    suka jugak tengok cerita ni..

    ReplyDelete
  4. saya suka pandangan dlm blog nie, masa episode 1 Dan 2, jalan cite dia agak perlahan, bila ade pelakon2 yg hebat spt eman Manan, Remy ishak Dan neelofa muncul,b jalan cite dia nmpk berkembang smpi final episode

    ReplyDelete