fahmiMOHDnilam: MALAYSIA MISS PONDAN 2011

Monday, 31 October 2011

MALAYSIA MISS PONDAN 2011

Apalah nak jadi kat Malaysia sekarang ni? Aku pun hairan. Ada parti politik yang kononnya menegakkan Islam membuat protes terhadap konsert Elton John kerana dia pondan tetapi Miss Pondan 2011 takder pulak buat protes. Diaorang tak tahu atau macam mana? Pelik-pelik. Lagi peliknya boleh pula diadakan majlis tu dengan kelulusan kerajaan. Nak jadi macam negara Amerika ker kita ni?

Untuk makluman korang tajuk 'beauty pageant' pondan tu sebenarnya Miss Diva Universe World 2011. Buat dimana? Di Federal Hotel, Kuala Lumpur. 29 pondan bertanding merebut gelaran Miss Pondan. Errrr... 'miss' ker?

Sekarang ni aku tengok sekeling aku banyak sangat lelaki yang jadi pondan. Pada aku kalau lelaki tu lembut sahaja tapi tak menghala ke hubungan songsang ok lah. Tapi yang banyaknya dah ke arah songsang atau homoseksual. Banyak sangat sekarang ni. Tengok je lah kat IPTA dan sekeling korang.

Apa yang korang buat? Korang layan je pondan-pondan itu macam kita membenarkan perkara itu berlaku. Maknanya kita bersubahat juga. Setidaknya kita menegurlah cara baik ataupun dengan tidak melayan perangai mereka itu. Ini tidak, kita bertindak dan berkelakuan seakan-akan membenarkan perkara itu berlaku.

Hak asasi? Hmmm.... kita kena tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Mereka yang hendak membenarkan budaya homoseksual di negara kita akan menggunakan isu hak asasi manusia. Nak negara kita jadi macam negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan sesama jantina? Alamatnya negara kita akan dilanda musibahlah nanti.

Bacalah kisah Nabi Lut di SINI. Apakah pengajaran dari kisah Nabi Lut yang boleh kita pelajari. Sendiri baca dan fikirkan.

Yang aku lagi hairan adalah penglibatan selebriti tempatan dalam Miss Pondan ni. Nak tahu siapa yang yang terlibat? Datuk Shah Rezza, Datuk Dr Jalil, Jovian Mandagie, Michael Ong, Maznah Zuklifi dan Ning Baizura. Yang 'Non-Muslim' tu aku taklah kisah sangat tapi yang Muslim dan Muslimah tu yang aku kisah. Apa jadi dengan Datuk Shah Rezza yang kononnya memperjuangkan fesyen Muslimah tetapi takkan memperjuangkan juga fesyen pondan? Maznah Zulkifli dan Ning Baizura apa cerita? Haiya... bukan macam ni caranya.

Sekali lagi aku sarankan bacalah kisah Nabi Lut. Aku pulak memang tak menyokong langsung golongan ini. Jangan dijadikan alasan 'aku memang sudah dilahirkan sebegini'. Kalau engkau Khunsa maka ia dibenarkan memilih tapi kalau lelaki sejati nak jadi perempuan maka itu adalah dosa.

No comments:

Post a Comment