fahmiMOHDnilam: TERENGGANU ATAU NEGERI SEMBILAN

Friday 28 October 2011

TERENGGANU ATAU NEGERI SEMBILAN

Esok merupakan penentuan kepada pasukan Terengganu atau Negeri Sembilan. Siapakah yang akan menjadi juara Piala Malaysia 2011? Mengikut firasat aku yang tak seberapa ni, aku menjangkakan pasukan Terengganu akan bergelar juara kerana berpandukan kepada prestasi semasa yang sekarang ini tengah memuncak. Aku dapat lihat yang barisan penyerang, tengah dan pertahanan pasukan Terengganu menpunyai keserasian yang mantap. Payah untuk menembusi pertahanan yang diketuai Marzuki Yusof dan payah untuk mengekang arus serangan Terengganu. Penjaga gol, Sharbinee Allawee pasti beraksi sebaik mungkin untuk memastikan agar pintu gawang beliau tidak bolos. Tetapi dapatkah mereka bermain dengan tekanan sebagai pasukan pilihan? Itu kena tengoklah esok malam.

Jangan sesekali menidakkan kemampuan pasukan Negeri Sembilan. Mereka boleh menjelmakan kejutan buat pasukan Terengganu. Kapten Negeri Sembilan, Shukor Adan pasti akan mengemudikan pasukan beliau dengan segala pengalaman beliau perolehi sebelum ini. Hairuddin Omar jika dibiarkan tanpa kawalan pasti membawakan masalah kepada barisan pertahanan Terengganu. Larian K.Kunalan akan menjadi mimpi ngeri buat Terengganu.

Yang pasti semua peminat tertanya-tanya, adakah tiket RM50 berbaloi? Itu terletak kepada pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan. Jangan mereka bermain terlalu berhati-hati sudah. Kesannya nanti pasti perlawanan yang membosankan.

Mahu sokong atau tidak yang pasti esok akan ditabalkan juara Piala Malaysia 2011. Pasukan mana?

3 comments:

  1. mestilah ganu menang. peteh ganu peteh

    ReplyDelete
  2. nasib baik hobin jang hobin menang..
    x sia2 wa berteriak malam tu, ahaha

    ReplyDelete
  3. suara ada lagi ker pagi ni lepas berteriak?

    ReplyDelete