fahmiMOHDnilam: PASAL MICROSOFT WINDOWS YANG PELIK DAAAA….

Friday, 14 October 2011

PASAL MICROSOFT WINDOWS YANG PELIK DAAAA….


1. Tak boleh namakan ‘folder’ dengan nama Con Cubalah korang buat ‘folder’ kat ‘hard disk’ komputer korang yang pakai Microsoft Window dan namakan ‘folder’ tu Con. Pergi kat mana-mana yang korang nak buat folder tu kemudian klik kanan kat tetikus dan pilih ‘New’. Lepas tu klik ke ‘Folder’ dan namakan folder tu Con dan tekan Enter. Korang akan tengok yang folder tu takkan dinamakan Con tetapi akan jadi nama ‘New Folder’. Cubalah.

2. Masuk Notepad dan tulis Bush hid the facts ia takkan memaparkan ayat tu.
Klik Start -> Programs -> Accessories -> Notepad . Kemudian tulis dalam notepad ayat berikut Bush hid the facts (tanpa garisan bawah) dan Save fail, lepas tu keluar Notepad. Setelah itu masuk kembali ke Notepad dan buka fail yang anda telah Save tadi. Korang akan tengok ayat yang korang tulis tadi tak akan muncul. Benda ini tak berlaku pada Window 7. Cuma yang terdahulu je.

3. Tulis dalam Word =rand(200,99) saksikanlah keajaiban akan menjelma.
Buka Microsoft Word dan dalam barisan yang pertama tulis :=rand(200,99) (tanpa garisan bawah) kemudian Enter.Cubalah buat untuk saksikan magis berlaku. Nombor tu taip kat bahagian yang ada Num Lock tu bukan yang di bawah F1,F2,F3.




2 comments: