Wednesday, 5 October 2011
TERINGAT ZAMAN MENGAMBIL SRP 1991
Sekarang bermulalah bagi adik-adik kita yang berada di tingkatan 3 mengambil PMR yang mana pada zaman aku dulu SRP. Teringat aku zaman aku mengambil SRP.. Masa tu aku di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Memang kalau berada di disekolah berasrama penuh lagi susah kalau berada di sekolah harian kerana semuanya kita kena buat sendiri... maklumlah kat sekolah asrama mana ada mak bapa nak basuhkan baju kita, nak masakkan makanan kita dan sebagainya lah. Semuanya kita kena buat sendiri...
Tambah pula masa tu aku ambil jurusan sains maka susahlah sikit maklumlah aku nie lemah sket pasal sains ni...Tapi ada juga kelebihan nya duk asrama nie... satunya sebab kita ada ngan kawan kita selalu ada jadi selalulah boleh menanyakan soalan atau mengulangkaji serta ada 'prep' malam. Tak ada masa terbuang ngan main video game atau tengok tv sebab memang tak ada pun kat asrama.
Itu je aku ingat sebab aku ni punya ingatan yang tak kuat sangat.... samar-samar je ingat..
Keputusan SRP aku? Boleh laaaaaa.... Janji Pangkat 1... jadilah... abis SRP aku tak sambung belajar di situ kerana niat aku hanya satu... hendak menimba pengalaman hidup di asrama. Pada aku hidup di asrama banyak mengajar aku dalam kehidupan aku sekarang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment