Thursday, 13 October 2011
ESOK BERAPA KAD MERAH PULA DAAAA....
Suku akhir pertama Piala Malaysia pengadil bagi 'hadiah' 6 kad merah. 3 kepada pasukan Kelantan, 2 kepada pasukan Terengganu dan 1 untuk pasukan Selangor.
Nie siapa punya salah daa... Nak salahkan pengadil ker atau salahkan pemain? Kritikan di media menyatakan bahawa yang patut disalahkan adalah pengadil kerana tidak berpengalaman mengendalikan permainan yang 'panas'. Sepatutnya kalau dah tahu permainan yang 'panas', pengadil kenalah bijak mengawal permainan dengan memberi amaran bukan sesuka hati melayangkan kad merah. Kena tahu juga, pemain bola ini kalau dah main bola banyak tenaga dikeluarkan maka kalau badan telah penat maka mental mereka akan senang dipengaruhi oleh perasaan marah. Jadi ia adalah adat permainan. Ditakuti nanti bila banyak sangat kad merah, ia akan menganggu permainan serta menaikan suhu penonton yang menyaksikan perlawanan. Itulah antara sebab botol-botol air mineral dan mercun melayang ke atas padang.
Satu lagi pemain bola juga kena bijak mengawal emosi mereka apabila di tengah padang kerana mereka inilah yang menjadi fokus utama sesuatu perlawanan.Jangan biarkan emosi mereka menenggelamkan permainan mereka. Kalau emosi tak boleh dikawal maka terjadilah kejadian bentesan keras dan maki hamun di tengah padang. Cuit sikit je dah nak ajak gaduh. Akhirnya bukan main bola tapi perlawanan tinju pula di tengah padang.
Pemain Malaysia kena ingat kita ini berada di ranking FIFA 140 lebih. Janganlah nanti peminat akan bercakap, 'main tak seberapa tapi gaduh je lebih. Patutlah kalah dengan Australia 5-0.' Main dengan agresif boleh tapi kena lah tahu agresif yang macam mana yang boleh.
Mainlah permainan bola yang 'Fairplay' jangan main 'Foulplay'.
Aku ni peminat pasukan Perak maklumlah aku ni berasal dari Selama, Perak jadi kenalah sokong pasukan negeri asal aku. Macam mana lah nasib Perak nanti. Firasat aku macam tak dapat suku akhir sebab Selangor ada kelebihan 2 gol. Ditambah dengan Safiq yang 'perform' maka susah sikit rasanya. Tetapi perlu diingat, tak mustahil untuk Perak mengalahkan Selangor. Kita tengoklah nanti macam mana. Harap-harap lepaslah suku akhir.
Satu lagi korang janganlah asyik sokong pasukan kelab dari EPL atau Spanish League atau Liga Itali je. Sokonglah juga pasukan di dalam negara kita ini. Jangan minta pasukan kita 'perform' je tapi sokongnya tak. Tak kiralah pasukan negara kita atau pasukan dalam Liga Domestik. Kita ni orang Malaysia.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment