Ish... pelik betul aku pasal RTM ni. Asyik-asyik nak tukar. Radio Muzik, radio yang mempunyai paling ramai pendengar berbanding radio RTM lain ditolaknya ke internet. Radio yang kurang orang nak dengar, di siaran biasa pulak. Pelik bin ajaib betullah aku. Diaorang fikir apa sebenarnya? Nak bodek orang atas atau apa?
Dulu ada radio NasionalFM digabungkan dengan KlasikFM jadi KlasikNasional dan sekarang nak di asingkan pulak. Jadi NasionalFM pulak. Itulah RTM asyik tukar ikut sukar hati dan sesedap diaorang jer tanpa memikirkan kesannya. Akhirnya jadi rancangan carca merba dan rojak.
Tidak tahu langsung pasal 'branding'. Diaorang tak belajar rasanya pasal tu. Sebab tu ada rancangan yang orang dah ikut dihentikan. Rancangan yang orang tak tengok plak diteruskan siarannya. Haiya....
Memang RTM ni kenalah berubah. Orang yang mengetuai janganlah dibagi pada orang tua yang dah nak pencen. Diaorang langsung tak ikut citarasa masakini. Mahu menyebarkan maklumat dan informasi kepada orang ramai tetapi kalau orang ramai tak tengok RTM maka sampaikah maklumat yang nak disampaikan?
Terimalah teguran demi memantapkan RTM bukan menghukum dan menerima perintah tanpa berbincang dengan yang pakar. Dimanakah 'branding' RTM.
Di bakul sampahkah?
Eh ko ni mcm lah tak biasa.. Tak lama lagi pilihanraya. Tukar menteri baru.. Logo rtm pun tukar baru.. Haha
ReplyDeleteapa daa... selalu lepas tukar menteri... Ni blom tukar dah nak tukar. Sudah tukar ka...
ReplyDeletebiarkan depa terjun dgn labu2nya.. ada kaitan x? ahaha
ReplyDeleteRTM dan politik..heheheh xdpt dipisahkan.. =)
ReplyDeleteAkak pernah terlibat dalam branding radio nie dan berurusan dengan RTM. Percayalah! Bukan salah RTM. Setiap kali ada menteri baru, ada ketua pengarah baru, ada KSU baru, pasti akan ada yang berubah. Kami hanya menurut perintah. Kalau nak bersuara 2-3 kali, kena pancung dik oii. Saper nak bagi makan anak bini kat rumah? Nak salahkan siapa ekk? Apa kata cuba salahkan kerajaan Malaysia yang mempolitikkan segala2nya dalam negara kita?
ReplyDeletekalau orang ramai tahu gitu maka harap2 mereka x samakan RTM dengan stesen TV swasta... Ni x masih nak bandingkan.... sedih... saya? kerja jelah cuma nak menyuarakan pendapat je. Terima ok dan tak terima ok juga. Maklumlah menurut perintahlah kan.... bertukar2 pendapat...
ReplyDelete