fahmiMOHDnilam: AKU DAN BLOG DAAAA....

Monday, 17 October 2011

AKU DAN BLOG DAAAA....

Aku nie baru je buat blog nie. Baru dalam bulan ni aku mula. Niat tu dah lama ada semenjak tahun 2009 lagi tapi itu berhenti setengah jalan je. 2 sebab kenapa aku berhenti setengah jalan dulu. Satu sebab aku rasa masa aku terhad untuk membuat entri di blog kerana kesibukan kerja aku. Kedua sebab aku tak ada langgan internet. Sekarang pun masih tak ada internet. Mengharapkan sambungan internet kat pejabat dan cyber cafe je.

Orang cakap baik lambat asal buat. Jadi hasilnya inilah blog aku. Blog yang aku 'target' akhir 2012 akan dapat pageview 200,000 lebih. Harap-haraplah macam tu. Janji apa-apa nak buat mesti ada matlamat. Macam mana nak aku capai 'target' aku tu? Aku kenalah banyak belajar dan belajar serta membuat promosi. Maklumlah pasal blog ini aku kosong lagi pengetahuan. Aku banyak 'surf' blog dan website untuk belajar dan buat 'trial and error'. Memang pada mulanya aku sedikit tak faham pasal widget, nuffnang, BE, promosi dan banyak lagilah yang aku kena pelajari. Sekarang ni pun baru 700 lebih pageview. Nak sampai 200,000 memang jauhlah lagi. Tetapi kalau aku berterusan 'update' blog aku dan membuat promosi serta selalu 'blogwalking' pasti aku akan dapat capai sasaran aku. Korang yang baca entri ni pun tolong-tolonglah aku ek.

Banyak blogger yang otai cakap kalau nak berblog nie, kita jangan jadikannya suatu bebanan untuk kita. Kita buat blog kita itu sebagai hobi yang mana kita seronok bila kita buat. Sebab blog itu terkandas ditengah jalan adalah ramai blogger yang berasa 'tension' kerana diaorang tak tahu nak tulis apa kat blog diaorang. Jangan buat macam itu. Kalau korang ada idea korang tulislah entri. Kalau tak ada idea, rileks je dulu. 3/4 hari lepas tu baru tulis idea korang. Kalau tak ada juga tunggulah bila ada idea nak tulis entri. Janji jangan buat blog itu 'batu besar di bahu anda'.

Aku ini senang je. Kalau aku tak ada kerja dan ada masa terluang serta ada idea baru aku akan tulis entri. Dan hari ahad adalah hari cuti aku dari berblog. Selalu sangat tulis entri bosan gak. Jadi nak mengelakkan aku berasa bosan berblog aku kenalah cuti sehari iaitu hari ahad. Tapi itu ikut mood aku gak lah.

Pengalaman aku berblog setakat ini, aku belajar dari kosong. Semua aku kena belajar sendiri. Agak memenatkan gak lah. Tapi 'dimana ada kemahuan, di situ ada highway'. Betul? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

4 comments:

  1. insyaAllah kan tercapai target tu..
    masih ada masa :)

    ReplyDelete
  2. gambate kudasai (bahasa jepun daa.. 'berusahalah') tqvm..

    ReplyDelete
  3. Moga berjaya bro. Pelan-pelan. Seronok sebenarnya berblog ni.

    ReplyDelete
  4. yup bro. memang seronok berblog. aku wat blog nie macam hobi dulu lah... kalau masyukkk... boleh lah serius sket...

    ReplyDelete