fahmiMOHDnilam: TAHAJJUD CINTA MUSIM KEDUA?

Saturday, 15 October 2011

TAHAJJUD CINTA MUSIM KEDUA?


Semalam merupakan episod terakhir Tahajjud Cinta. Aku tengok macam kecewa sikitlah sebab penamat cerita tu agak tergantung. Rasanya ramai yang mengikuti siri ini ingin melihat watak jahat iaitu Ustaz Shauki itu dihukum atau menerima akibat dari perbuatannya. TETAPI.... penamatnya macam tak 'best' je orang ramai dengan Ustaz Solah baru nak tangkap khalwat Ustaz Shauki dengan Suraya (Nealofa. Akhirnya 'freeze' shot dan tulis kata-kata falsafah plak. hmmm.... dah tak der idea kot.

Aku rasa macam ada je musim kedua sebabnya siri ini mendapat sambutan dan penamatnya membayangkan musim kedua je. Entahlah. Aku agak je.

Apa-apa pun aku respeklah kepada lakonan Eman Manan yang dapat membuatkan para penonton merasa benci melihat perwatakan Ustaz Shauki. Aku pun terasa kebencian tu. Ternyata Eman Manan merupakan pelakon hebat....

Aku rasalah siri Tahajjud Cinta ini ada makna tersiratnya dan sedikit unsur menyindir parti politik. Ntahlah mungkin aku je kot yang fikir macam tu. Itulah pembikin drama mahupun filem kena lah berani menegur melalui karya mereka. Jangan hanya pandai mengikut arus je.

Majulah industri hiburan yang membina agama, bangsa dan negara di Malaysia.




1 comment:

  1. kalau tengok drpd pengakhiran, memang ada siri ke 2...tapi betul Eman Manan memang hebat

    ReplyDelete