fahmiMOHDnilam: ROSYAM NOR TERIMA TAWARAN STEVEN SPIELBERG

Monday 31 October 2011

ROSYAM NOR TERIMA TAWARAN STEVEN SPIELBERG

Haaa.... jangan terkejut beruk pulak. Memang Steven Spielberg menawarkan tawaran pada Rosyam Nor untuk berlakon dalam siri televisyen yang gempak. Hehehe... alihbahasa je ke bahasa Malaysia. Siri TV 'Terra Nova' yang sedang disiarkan di Astro ni akan dialihbahasakan ke bahasa Malaysia. Jangan tak tahu pulak siri TV Terra Nova yang 13 episod semuanya adalah drama TV yang termahal dan terbesar pernah dihasilkan.
Ceritanya ala-ala Jurassic Park jugalah. Tak idea dah kot Steven Spielberg ni. Asyik 'dinosaur' je topik die. Drama ini akan ditayangkan bersama alihbahasa ke Bahasa Melayu di ASTRO iaitu FOX Channel.

Selain Rosyam Nor (Commander Nathanial Taylor), barisan artis lain yang terlibat adalah:

•Vanidah Imran (Elisabeth Shannon)
•Aaron Aziz (Jim Shannon)
•Sharifah Amani (Maddy Shannon)
•Zahiril Adzim (Josh Shannon)

Dapatlah juga Rosyam Nor berlakon dibawah arahan Steven Spielberg. Alih suara pun jadi lah.....

No comments:

Post a Comment