Berita tu memang dah lama dah kedengaran di internet dan di Wall Street, cuma belum menjadi kenyataan lagi buat Google untuk menguasai Yahoo. Kalau dibelinya Yahoo maka bertambah hebatlah Google maklumlah saingan dari website China makin hari makin bertambah. Maka dengan menguasai Yahoo adalah salah satu cara nak menguasai China dan juga menyaingi populariti Facebook yang sangat popular masakini.
Tapi kenapa Google mahu membeli Yahoo:
1. Yahoo yang mempunyai pengunjung unik sebanyak 700 juta sebulan adalah platform yang terbaik bagi Google memperkenalkan dan mempromosikan Google+ iaitu rangkaian sosial terbaru Google. Motifnya tak lain menyaingi Facebook.
2.Dengan pembelian Yahoo bermakna Google dapat memantapkan lagi bahagian berita atau 'content' dengan mendapat akses kepada penyedia berita Yahoo seperti ABC News.
3. Pembelian Yahoo juga adalah menyekat penguasaan Microsoft yang juga mempunyai keinginan membeli Yahoo.
4. Menambahkan pendapatan pengiklanan Google dengan menguasai penjualan iklan di 'website' Yahoo yang sekarang ini bernilai $1.6 billion.
5. Strategi Google untuk menguasai pasaran China yang mana kalau dapat membeli Yahoo maka Google akan dapat menguasai gergasi China 'Alibaba'. Yahoo menguasai 43% dalam 'Alibaba.com' yang mendapat 'pre-tax value' bernilai lebih dari $12 billion dollar.
6. Google ingin mempelbagaikan pelaburannya dengan membeli Yahoo yang mana Google tidak ada masalah mengeluarkan duit. Google mempunyai aliran tunai sebanyak $42.56 billion dollar.
7. Google ingin mengintegrasikan Google+ dengan Flickr yang dikuasai Yahoo.
Eh bukan skrg google mmg top ranking ke..? No 1.. Facebook no 2.. Apesal pulak nk beli yahoo..? Yahoo dah jatuh dah skrg.. Dolu-dolu je famous
ReplyDelete