Haaa... mesti korang terkejut kalau aku cakap Datuk Lee Chong Wei bersara kan? Tak terkejut? Errr.. mungkin korang tak minat sukan kot. Datuk Chong Wei yang main badminton tu alaaa... pakai raket dan bulu tangkis serta jaring tu. Hehehe... kalau tak tahu juga tak tahu lah.. Kalau yang minat sukan rasanya terkejut kot.
Siapa pulak nak ganti Chong Wei? Ada ke? Tulah harapkan dia sorang je. Kalau dia 'injured' 1 tahun makan 1 tahun tu jugalah Malaysia tak ada kejuaraan perseorangan lelaki. Banyak sangat main akhirnya membawa padah kerana keletihan. Aku perhatikan Lin Dan tu rileks je tak payah nak masuk semua pertandingan. Tak der Lin Dan, Chen Long ada. Kita apa ada? Datuk Lee Chong Wei seorang juga.
Haiya... apalah guna ada persatuan badminton nie kalau asyik harap kat sorang je. Kalau tegur fuhyoooo... banyak pulak alasan persatuan ni. Politik kot. Aku tengok pelapis Mohd Arif tu boleh pergi jauh tapi tak dididik betul-betul. Sampai bilalah nak mengharapkan Chong Wei nak dapatkan emas di Olimpik 2012. China sudah ada 2 jaguh sekarang ini. Lin Dan serta Chen Long. Indonesia sudah tenggelam. Tapi persoalannya dapat ke emas? Kalaulah begini persiapan persatuan badminton tu, alamatnya kalau boleh pun perak atau gangsalah. Itu kalau dapatlah.
Nasib baik itu tajuk entri aku je. Datuk Lee Chong Wei masih main badminton daaa... cuma dia penat setelah banyak sangat bertanding tahun ini, sebab itu kalah kepada Chen Long dua kali berturut-turut. Jangan Olimpik 2012 cedera sudah. Nanti apa pula jawapan persatuan tu. Kita nantikan....
Berita selanjut tentang Datuk Lee Chong Wei keletihan klik je kat SINI
No comments:
Post a Comment